,

Cinta: Opposite Attraction


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Mitos atau teori berkenaan tentang opposite Attraction atau tarikan bertentangan dari diri ini memang sudah lama dibahaskan atau dibicarakan dalam dunia cinta. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, macam mana dua individu yang berbeza, boleh jatuh cinta dan serasi bersama. Pelik bukan?

Menurut kajian, Opposite Attraction ini sudah tidak janggal lagi. Malah perkara ini sudah makin menjadi kebiasaan di kalangan pasangan bercinta dan suami isteri. Ramai individu yang memang tertarik dengan individu lain yang berlainan personalitinya dari mereka dan rata-rata dari mereka perkara ini sangat menyeronokkan.

Couple5

Kenapa Opposite Attraction boleh terjadi? Senang cerita, kita memang akan tertarik dengan individu yang berlainan daripada kita. Kalau dia sama seperti kita dari segi personaliti, minat atau latar belakangnya, kita tak akan tertarik sangat bukan? Sebab kita pun macam itu, jadi apanya yang nak diherankan. Sebab itu, bila kita jumpa individu yang sangat bertentangan dengan diri kita, kita lebih cenderung untuk mengenali dan tertarik dengan dia.

Macam mana minah library boleh jatuh cinta dengan mat motor? Macam mana minah outdoor boleh jatuh cinta dengan mat geek? Semua itu kuasa Opposite Attraction lah. Hebat bukan? Manusia cenderung mencari individu yang berlainan personaliti kerana kita mencari kekuatan yang tiada dalam diri kita. Bila dua manusia yang berlainan dan bergabung menjadi satu, kekuatan mereka berganda dan lebih lengkap. Pasangan itu sendiri melengkapkan kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Dalam pada bercinta dengan pasangan yang berlainan personaliti dengan anda, jangan jadikan perbezaan itu sebagai satu isu. Hormati perbezaan dan kekurangan yang ada, dan anggap kelebihan yang mereka anda itu mampu menutup kekurangan yang ada pada anda. Jangan pula bila dapat pasangan yang berlainan minat dan citarasa, anda memaksa dia untuk ubah cara dan citarasa mengikut cara anda. Jangan! Hormati citarasa masing-masing okay? Sekali sekala, cuba sertai aktiviti dia dan cuba juga ajak dia untuk sertai minat anda.

Couple7

Opposite Attraction bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Bila dah selalu makan masakan kampung, kadang teringin juga nak makan western kan? Pasangan yang bahagia tak semestinya perlu mempunyai karektor yang sama. Mereka cuma perlu memahami perbezaan yang ada.

Selamat bercinta. Semoga bahagia hingga hujung nyawa. 🙂

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *