, ,

Cinta : Cari dan Terima


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bila dah lama hidup berdua, berpasangan sedikit demi sedikit soalan ‘betul ke dia ni untuk aku?’ mesti akan kerap masuk dalam otak. Lagi-lagi bila waktu emosi, segala kemusykilan bersarang dalam kepala. Rasanya ramai juga pasangan yang mungkin berfikir begini, atau mungkin wanita sahaja. Yelah, wanita kan suka berfikir benda yang sepatutnya tiada apa pon.

Dalam hati mesti persoalkan “Betul ke keputusan aku?”. Kemudian tertanya lagi, kalau dia bukan untuk kita kenapa kita ditemukan, kenapa mesti wujud keserasian pada awalnya? Kenapa segala kelemahan muncul bila kita dah rasa dia kita yang punya.

Bergaduh, bercekau, meragukan, meragui semuanya muncul. Syaitan dok bisik tepi telinga masuk dalam kepala ‘eh tinggalkan saja dia’. Semak, bising.

Duduk, tarik nafas dalam-dalam dan fikir. Bahagia itu kan kita sendiri yang cipta, kita sendiri yang bina. Jadi kalau mau bahagia, kita kena usaha. Sama seperti konsep Mr.Right. Mana ada manusia sempurna yang tiada satu pon cacat celanya. Kalau baik budinya, kurang segi harta. Kalau mewah hartanya, kurang ilmunya. Kita perlu belajar dan cintai segala kelebihan dan kekurangan dia. Segalanya tentang dia.

Dan mungkin, selepas itu kita akan lebih bahagia.

Selamat bercinta. Semoga bahagia hingga hujung nyawa.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *