,

Carbonara & Meatball Recipe


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Perkongsian kali ini adalah berkenaan resepi yang “well basically” semua orang suka.

Spaghetti Carbonara w/ Meatball

Apa yang bestnya adalah, sos Carbonara  tu dibuat dari scratch, dan kos jauh lebih murah dari beli brand yang sedia ada di pasaraya pasaraya terkenal.

ok Let’s Go, ini adalah bahan-bahan penting:

 Untuk Spaghetti

  • Whipping Cream
  • Bawang Besar + Bawang Putih (Dipotong dadu halus)
  • Stok Ayam Kiub
  • Keju (Cheddar/Mozarella/Keju Biru) ini adalah pilihan masing- masing
  • Spaghetti (Fetucini/Spaghetti/Angle Hair) ini adalah pilihan masing- masing
  • Herba (Dill/Oregano/Basil) Optional
  • Kuning telur

Untuk Meatball

  • Daging Kisar
  • Garam & Lada Hitam
  • Keju
  • Tepung

Ok cara-cara penyediaan adalah,

  • Potong dadu halus sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih, asingkan
  • Panaskan Sause Pan, letakkan sedikit minak untuk menumis,
  • Apabila minyak panas, masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga  harum,
  • Masukkan herba, (pilihan kami adalah oregano) bergantung pada korang
  • tumis hingga garing, masukkan whipping cream, (senantiasa dikacau)
  • Bila whipping cream sudah pekat, masukkan Stok Ayam kedalam sause,
  • Masukkan kuning telur dan kecilkan api, (sebabnya adalah tidak mahu kuning telur terlalu masak dan tidak sebati)
  • Kacau sehingga pekat, masukkan keju pilihan korang, setiap keju punya finishing texture yang berbeza, tutup api serta tutup periuk.

Cara Penyediaan Pasta:

  • Panaskan periuk yang di isi dengan air,
  • Campurkan sedikit garam didalam air,
  • Air mencapai takat didih, masukkan pasta korang,

(kalau Fetucini, Angle Hair atau Spaghetti, ambil sehelai dan lihat tengahnya, kalau masih ada putih belum boleh diangkat.)

  • Bila pasta dah masak, angkat dan toskan dan terus letak air diatas pasta (nak berhentikan proses masakan)
  • Sesudah sejuk, taburkan minyak keatas pasta korang untuk mengilatkan lagi tekstur pasta tersebut.
  • Servekan atas pinggan dan tuang Sauce korang atas pasta.

It is ready to eat !!!

Tapi takkan pasta semata betul tak ? mesti kene ada daaging kan ?

ok kami kongsikan satu resepi Meatball yang cukup cukup simple, dan boleh tahan sedap.

  • First, campurkan daging kisar beserta Garam & Lada Hitam dan tepung,

(Tugas tepung adalah sebagai agen pengikat untuk mengekalkan bentuk bulat daging.)

  • Ambil gumpalan daging kisar dan pecahkan menjadi gumpalan gumpalan kecil.
  • Dari gumpalan kecil, selitkan keju yang sudah dipotong dadu kecil dan gumpal kembalisehingga menjadi bentuk bulat seperti bola.
  • Susun di dalam dulang pembalar yang sudah diletakkan minyak didalamnya,
  • Panaskan oven ke 22o darjah celcius, dan bakar dari 10-15 minit,
  • Keluarkan dan it is ready to be served.

Ok, kami rasa lepas ni korang dah boleh buat carbonara dari scratch sendiri yang lebih murah dan sedap.

Selain yang ditulis diatas, antara option lain, korang boleh gunakan Bacon, Cendawan untuk menambahkan lagi perasa yang sedia ada, lepas tumis bawang besar dan bawang putih, masukkan Bacon  atau cendaawan korang, goreng hingga garing. langkah seterusnya masih sama.

 

Dimasa yang akan datang kami akan kongsikan lagi resepi-resepi yang korang sendiri boleh buat dirumah dengan harga jauh lebih murah okay ? kalau ada permintaan, just mention kami. okay ?

 

Cheers dan selamat mencuba !

Gambar Sekadar Hiasan
Gambar Sekadar Hiasan

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *