, , , ,

Caitlyn Jenner : Dari lelaki, berubah menjadi perempuan


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Untuk anda yang sering mengikuti perkembangan industri hiburan Hollywood, pasti anda semua kenal dengan keluarga Kardishans yang penuh dengan gossip dan kontroversi. Sekitar April, Bruce Jenner, ayah kepada Kylie dan Kendall Jenner telah membuat pengakuan dalam satu temuramah eksklusif. Bruce Jenner telah membuat pengakuan, “I’m a woman” di dalam temuramah bersama ABC News itu dan berkata ianya bukanlah gimik atau kontroversi yang sengajaga ditimbulkan untuk meraih perhatian media.

Bruce Jenner sebelum menjadi Caitlyn Jenner
Bruce Jenner sebelum menjadi Caitlyn Jenner

Kini, selepas pengakuan itu, Bruce Jenner tidak lagi wujud. Bermula semalam, 1 Jun 2015, Bruce Jenner telah menjadi, Caitlyn Jenner. Menerima pelbagai maklum balas dan kritikan, Caitlyn Jenner kini merasakan yang dia sudah bebas dari kehidupan yang penuh dengan penipuan. Caitlyn Jenner membuat penampilannya pertamanya di sesi pengambaran majalah Vanity Fair yang diambil oleh Annie Leibovitz.

Caitlyn 2

“Bruce selalu perlu menipu”, kata Jenner dalam video yang disiarkan oleh majalah Vanity Fair. “Dia terpaksa hidup dalam penipuan. Setiap hari, dia sentiasa mempunyai rahsia. Dari pagi, hingga ke malam. Caitlyn tidak mempunyai rahsia. Selepas sahaja cover di Vanity Fair disiarkan, saya bebas”.

Caitlyn 4

Caitlyn 3

Caitlyn 1

Jenner yang berusia 65 tahun juga telah membuat satu akaun twitter baru khas untuk identiti barunya, dan apa yang lebih mengejutkan, tidak sampai 24 jam, dia sudah mendapat lebih dari 1.7 juta pengikut!

Caitlyn Jenner : Dari lelaki, berubah menjadi perempuan dan menerima banyak sokongan dan kritikan di twitter sejak malam tadi. Menurut Jenner lagi, dia mempunyai harapan tinggi yang Caitlyn adalah individu yang lebih baik daripada Bruce dan dia tidak sabar untuk menantikan perkara itu. Tindakan Jenner ini sememangnya mengejutkan ramai pihak, namun bagi Jenner dia boleh menghadapinya kerana keluarganya menyokong penuh tindakannya.

Kardishan Family

Apa-apa pun, Selamat datang ke dunia Caitlyn Jenner!

P/S : Agak-agaknya, selepas penukaran identiti ini, anak-anak Jenner tetap panggil Jenner “dad” atau kena tukar kepada “mum”?

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *