BTS Kumpulan Korea Pertama Yang Memasuki Carta Top 200 Artis Billboard Hujung Tahun

Kumpulan popular Korea, BTS sekali lagi melakar sejarahnya sendiri di carta Billboard. Pada 4 Disember yang lepas, Billboard telah mengumumkan carta akhir tahun untuk 2018. Kumpulan dari Big Hit Entertaiment tersebut telah berjaya menduduki beberapa tempat dalam carta termasuklah ‘Top Billboard 200 Artists’ dan ‘Billbaord 200 Albums’.

Dalam carta ‘Top Billbaord Artists’, BTS telah menduduki carta di tempat yang ke-lapan. Manakala dalam carta ‘Billboard 200 Albums’, BTS mengambil tempat di kedudukan 85 dengan album Love Yourself:Answer. Kejayaan kumpulan ini harus dibanggakan kerana mereka adalah kumpulan Korea pertama yang berjaya mendapat tempat dalam ‘Top Billboard 200 Artists’ dan ‘Billbaord 200 Albums’.

BTS Billboard Awards 2018

BTS billboard awards 2018

Selain daripada dua carta hebat tersebut, BTS juga telah berjaya mendapatkan ruang dalam beberapa carta lain seperti ‘Top Artist’, ‘Top Artist – Duo/Group’, ‘Independent Album’, ‘Independent Artists’, ‘Social 50’, ‘World Album’, ‘World Album Artist’, ‘Hot Dance/Electronic Songs’, dan juga ‘Dance/Electronic Digital Song Sales’.

2018 ternyata tahun yang baik untuk BTS. Syabas diucapkan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.