BTS Dilaporkan Bakal Mengeluarkan Siri Dokumentari Baru, ‘Break The Silence’

Umum sudah tahu, sudah menjadi tradisi kumpulan Kpop popular BTS mengeluarkan dokumentari yang penuh dengan footages daripada babak behind-the-scenes konsert dan siri jelajah mereka sejak 2018.

Berdasarkan kepada laporan pengikut kumpulan ini, BTS kini dalam proses mendaftarkan trademark kepada koleksi dokumentasi baru. Big Hit Entertainment telah memfailkan pendaftaran cap dagang kepada koleksi seterusnya: ‘Break the Silence: Docu Collection 1’ dan ‘Break the Silence: Docu Collection 2’. Pendaftaran kini sedang menunggu.

Army pasti sangat teruja dengan berita ini. ‘Break The Silence’ sedang trending di Twitter buat masa ini dan dapat dilihat dengan jelas keterujaan masing-masing.

Jika berita ini benar, maka ‘Break The Silence’ bakal menjadi dokumentari solo ketiga mereke selepas ‘Burn The Stage: The Movie’ pada 2018 dan ‘Bring The Soul: The Movie’ pada 2019.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak mereka!

Mbekkk.
Posts created 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top