Bohemian Rhapsody Mengecewakan?

Artikel ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Bagi aku film ini dihasilkan hanyalah untuk membuka mata penonton seperti aku bagi mengetahui siapakah Queen? Dan apakah kehebatan mereka? Film ini tidak diolah secara didetail siapakah Freddie Mercury? Dan kesengsaraannya? Bagi aku ianya agak mengecewakan, tapi ianya berjaya diselamatkan dengan beberapa faktor?

Bohemian Rhapsody Mengecewakan? 1

Queen

  • Film ini diolah dengan sangat kemas bagaimana kreatifnya idea setiap anggota Queen menghasilkan lagu2 mereka. Lebih2 lagi penghasilan lagu Boheimian Rhapsody.
  • Plot berkenaan hubungan mereka yang lebih pentingkan music dari kekayaan agak mengharukan.

Concert Live Aid

Bohemian Rhapsody Mengecewakan? 2

  • Bryan singer berjaya membuatkan penonton seperti aku terasa seperti berada didalam Live konsert tersebut.
  • Susunan shot & riak wajah Rami Malek menyanyikan setiap lagu begitu realistik.
  • Idea director untuk menyimpan lagu “We are the champions” dipenghujung film, sangat tepat!

Rami Malek

  • Rasanya tak perlu dipertikaikan lagi lakonannya dalam film ini. Cukup detail dan realistik

bohemian rhapsody

Kesimpulannya bagi aku, apa yang mengecewakan adalah film ini tidak diolah dengan detail tentang kehidupan hitam Freddie Mercury hingga akhir hayatnya. Kerana jika selepas ini ada producer lain yang ingin hasilkan film bertajuk “Freddie Mercury”? Orang yang paling layak bagi aku adalah Rami Malek, tapi mana mungkin si Rami nie akan lakonkan kali kedua watak Freddie kan?

So bagi aku film ini telah mensia-sia kan lakonan hebat Rami sebagai Freddie dari pelbagai aspek. Kenapa? Alangkah indahnya jika Bryan mampu olah dengan detail kesengsaraannya berkaitan konflik family, waktu kecil,penyakit, dan juga detik terakhir hidupnya.

Mungkin film ini akan lebih deep dan sadis disebabkan lakonan hebat Rami Malek..Tapi sayang ianya tidak berlaku.. 😞 Harap ada yang faham ape aku merepek nie haha.. Apa pun film ini berjaya membuatkan aku menyanyi sama dalam cinema haha!

Personal rating : 8.5/10
Rotten : 65/100%

P/s : layan movie nie kat TGV klcc, masa lagu “We Are The Champions” berkumandang, satu cinema menyanyi sama.. hahah dah rasa macam dalam konsert betul pulak.. hahah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.