Filem

Bisik Pada Langit : Antara Geram, Meluat, Menangis dan Tertawa

Artikel review ini ditulis oleh Khaidir Shahri

Ada pelbagai film sad story yang pernah kita tonton, dan ianya PASTI menyentuh hati kita hingga bergelinang air mata tanpa henti..antaranya Cell No. 7,Kabhi Khushi Kabhie Gham,About Time dan pelbagai lagi. Apa yang sangat hebat adalah filem-filem tersebut banyak ketengahkan kisah kasih sayang antara bapa dan anak.

Pemilihan plot seperti ini adalah satu tindakan yang sangat bernas kerana ini adalah satu satunya filem melayu pertama (kalau ada yang lain sila listkan) yang ketengahkan plot bapa & anak. Lebih mengembirakan apabila filem ini diamanahkan kepada Kabir Bhatia yang pakar dalam penghasilan filem-filem sad story.

Film ini mempunyai skript yang agak ringan dan tidak mempunyai storyline yang berat untuk difahami. Sehingga ianya kelihatan seperti sebuah ”Telefilem” untuk tayangan TV sahaja tetapi apa yang menjadikannya sebuah FILM yang HEBAT?

1. GERAM & MELUAT

Kabir berjaya olah karektor seorang bapa yang taksub dengan kejayaan anak perempunnya yang bakal mengubah nasib keluarga.. sehinggakan si bapa lupa dengan pengorbanan besar anak2nya yang lain. Olahan karektor ini berjaya membuatkan kita GERAM dengan sikap seorang bapa sebegitu.

Didalam film ini kita akan tertanya-tanya dengan sikap satu karektor yang dibawa oleh Naim Daniel. Gaya karektornya yang bengis dan pendendam kepada bapanya sendiri mampu membuatkan kita MELUAT. Tetapi ianya diolah dengan baik apabila Kabir menunjukkan punca mengapa karektor tersebut sentiasa bengis dan berdendam.

2. TERTAWA & TERHARU

Berlaku satu scene sengketa antara sibapa dan paklong,hingga sibapa terkelu lidah untuk menjawap kembali. Tetapi disebabkan kata2 yang keluar dari Naim Daniel ketika scene tersebut,PASTI akan membuatkan kita TERHARU dan TERSENYUM.

Ketika scene antara Beto & Jalil Hamid bertengkar didalam kereta ketika di Putrajaya, ianya PASTI akan buatkan kita TERTAWA. Walaupun ianya berkenaan scene serius.. tetapi terdapat sedikit humours di situ.. 🙂
MENANGIS

Kabir boleh dikatakan antara director yang mampu mengunakan teknik visual slowmotion yang bersesuaian dengan setiap scene. ianya boleh dilihat pada permulaan cerita apabila sibapa mengazankan anaknya Siti Hajar yang masih bayi,ketika si bapa dan anaknya sedang memancing serta scene melihat anaknya pulang kekampung.

Lebih menarik, Kabir membuatkan kita tertanya2,apa lagi plot yang cuba beliau ketengahkan setelah menunjuk kepulangan anaknya? sehinggalah beliau menunjukkan satu scene Erwin Dawson menayangkan video Ummi Nazeera ketika di Australia kepada seluruh keluarga.Tak lupa juga ketika scene phone call dihospital antara Umi Nazeera & Jalil Hamid..Detik tu, PASTI air mata kita bergelinangan.. PASTI!!!

Kesimpulannya film ini berjaya dihasilkan tanpa memerlukan gaya artistic yang tinggi atau olahan storyline yang rumit untuk membuatkan kita kagum. Dan ianya juga tidak memerlukan costing yang berjuta untuk dilevelkan sebagai film berkualiti.

Cukuplah dengan pemilihan pelakon yang bersesuaian,olahan visual yang kemas,emosi yang diketengahkan, serta skript yang mudah difahami.. tetapi BERJAYA membawa impak yang besar dalam hati kita.
FILM INI WAJIB UNTUK DITONTON BERSAMA ADIK BERADIK SERTA IBU BAPA.. SELAMAT MENONTON!! 🙂

Personal Rate : 10/10 sebab berjaya mengugurkan air mata aku tanpa henti.. +_+

P/S : lagi baik ajak family layan kat cinema.. sebab dalam cinema boleh focus.. nanti kalau tunggu ASTRO.. tgk kat rumah ramai tak focus.. hehehe

Summary
Review Date
Reviewed Item
Bisik Pada Langit
Author Rating
51star1star1star1star1star
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top