,

Berita : Jakel buat pengumuman berkenaan GST


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

GST, GST, GST. Sejak beberapai hari lepas, di media sosial memang hangat sungguh isu GST. Segalanya dikaitkan dengan GST kerana akhirnya, GST sudah pun dilaksanakan di Malaysia. Ada beberapa syarikat besar sudah pun membuat pengumuman rasmi mereka berkenaan dengan GST termasuklah Jakel.

Siapa tidak kenal dengan Jakel, antara gedung tekstil yang terbesar di Malaysia. Bermula dengan peniagaan secara pukal kepada peniaga-peniaga kecil di sekiat bandar Muar, Johor kini Jakel sudah menakluk hampir seluruh Malaysia.

Mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia, pagi tadi pihak Jakel telah membuat sidang akhbar untuk mengumumkan harga mereka berkenaan GST. Sidang akbar yang dihadiri oleh wartawan dan blogger tempatan itu diadakan di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Di Twitter, hashtag #JakelZeroGST telah trending. Ini menunjukkan yang ramai kaum-kaum wanita memang teruja dengan pengumuman dari pihak Jakel.

Jakel

Pengarah Urusan Jakel, Datuk Hj. Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengumumkan bahawa tiada GST akan dikenakan kepada pelanggan mereka. Kini pelanggan Jakel bolehlah berbelanja dengan tenang kerana cukai 6% tersebut akan ditanggung sendiri oleh pihak Jakel.

Namun, untuk para pereka fesyen dan peniaga online yang membeli secara pukal di Jakel, mereka tetap akan dikenakan GST. Ini kerana, harga mereka memang sudah murah berbanding dengan harga pelanggan biasa.

Jakel1

Jakel2

Jakel3

Jakel4

Jadi, tunggu apa lagi, jom kita membeli belah untuk baju raya di Jakel!

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *