,

Berhenti jadi manusia bodoh.


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Zaman sekarang, bila scroll news feed facebook, timeline twitter, timeline instagram, selain daripada isu berkait dengan politik, mesti kita akan kerap terbaca post atau status yang berunsur ‘pasangan aku perlu begitu & begini’. Perasan tak? Alah post berbunyi “5 tips suami perlu ambil berat”, “Tips melayan isteri” dan sebagainya. Tweet yag berunsur “Kalaulah pasangan aku…” dan insta ayat-ayat deep mat salleh tentang perlunya pasangan yang sempurna. Pasti korang semua ada perasan kan?

Kadang, tak faham dengan perangai manusia kan? Sudah ada yang punya di depan mata, tapi masih berharap ada seseorang yang lebih baik datang dalam hidup kau sekaligus merubah hidup kau. Ye, ramai je lelaki atau perempuan yang lebih elok dari kekasih kau. Tapi yang elok semua tu mampu ke terima kau macam kekasih kau sekarang? Yang elok itu mampu ke menyayangi dan mencintai kau apa adanya kau? Tak semestinya yang sempurna itu sesuai untuk diri kita.

 

Male silhouette in sepia

Kadang kita asyik minta orang sekeliling kita jadi sempurna untuk kita. Pasangan kita perlu begitu, perlu begini. Dia perlu layan kita begitu, begini. Berharap pasangan perlu buat segala ‘relationship goals’ mengarut yang wujud. Kejutan yang tak masuk akal misalnya. Padahal kita sendiri ni pon tak sempurna mana, banyak celanya. Kita sendiri pun tidak menghargai pasangan kita apa adanya. Macam mana nak hargai kalau otak sibuk mencari apa yang perlu ditambah lagi kan?

Woman on the beach watching the horizon

Berhenti jadi manusia bodoh. Berhenti jadi manusia yang tidak tahu menghargai apa jua pinjaman yang tuhan berikan pada kau. Jangan sampai bila dia dah tak ada depan mata, baru nak meratap sedih kenapa dia pergi tinggalkan kau. Hargai pasangan yang ada dengan kau sekarang, yang sudah terima baik buruk kau. Yang dah tau apa yang ada dalam hati kau tanpa kau perlu jelaskan pun tiap butir kata. Manusia begitu yang kau patut sayang, julang dan kenang. Bukan manusia-manusia yang kononnya hubungan mereka patut dijadikan panduan atau rujukan.

Selamat menghargai cinta. Semoga bahagia hingga hujung nyawa.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *