,

Berapa Ramai Yang Tahu Sejarah Cucur, Cekodok dan Jemput-Jemput


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Mesti ramai yang mungkin tidak tau siapa pengasas/pembuat cucur, cekodok atau jemput-jemput ini, yang korang tau just goreng dan makan je kan? Sebenarnya lain orang lain panggilan mereka terhadap makanan ini, ada yang panggil cucur, ada yang panggil cekodok, ada yang panggil jemput-jemput tapi kesemua nama tersebut mewakili satu makanan yang sama.

Bahan-bahan untuk membuat cucur, cekodok atau jemput-jemput ini ialah tepung gandum, namun ada yang campurkan dengan bawang (orang tawau panggil kuih bawang), kentang atau ikan bilis. Kami cuba mencari dari mana wujudnya makanan ini namun tiada sejarah yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut siapa pengasas kepada sajian yang ringkas ini.

Sajian ini amat popular di kalangan masyarakat Melayu dan sinonim dengan sajian di waktu pagi dan petang, tapi kebanyakkan masyarakat Melayu memilih sajian ini untuk dimakan diwaktu petang.

Sajian ini hanya memerlukan tepung yang dijadikan doh dan digoreng begitu saja. Sajian ini diberi nama mengikut bahan-bahan tambahan yang diadunkan sekali dengan tepung gandum tersebut

  1. Pisang + Tepung = Cekodok Pisang
  2. Bawang + Ikan Bilis + Kentang + Tepung = Cekodok Ikan Bilis
  3. Bawang + Tepung = Cekodok Bawah (Kuih Bawang)

Yang disenaraikan itu adalah beberapa cekodok, cucur atau jemput-jemput yang popular. Ada yang mencampurkan dengan ikan bilis, bawang, udang, pisang, kelapa serta banyak lagi campuran lain.

KENAPA IA DIPANGGIL JEMPUT-JEMPUT?

Pic By http://seleraputeri.blogspot.my/
Pic By http://seleraputeri.blogspot.my/

Antara sebab kenapa sajian ini dikenali sebagai jemput-jemput ialah disebabkan cara penyediaannya. Tepung yang dijadikan doh dijemput mengunakan tangan dan terus diletakkan didalam kuali dengan minyak panas untuk digoreng. Namun, zaman sekarang orang hanya mengunakan sudu untuk menyediakan sajian ini.

Menurut Azli Razali; Pensyarah Jabatan Seni Kulinari, Fakulti Perhotelan dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, nama jemput-jemput tercipta apabila masyarakat zaman dulu menggunakan jari untuk mengambil doh tepung, seolah-olah menjemput untuk menggoreng doh berkenaan dan jemput-jemput pula untuk doh yang manis, contohnya jemput-jemput pisang dan bawang.

ADA YANG PANGGIL CUCUR

cucurbilis
Pic by seleraputeri.blogspot.com

Berbeza dengan jemput-jemput, cucur pula disediakan dengan mengunakan sudu untuk mengambil doh dan dimasukkan di dalam kuali dengan minyak panas untuk digoreng. Jika jemput-jemput merupakan doh yang manis, Cucur pula berlawanan dengan jemput-jemput, cucur adalah sajian doh yang tidak manis contohnya cucur udang dan ikan bilis,

LAIN TEMPAT LAIN NAMA

Kebanyakkan mereka yang mengelarkan sajian ini cekodok dan jemput-jemput adalah mereka yang berasal dari bahagian tengah Malaysia seperti Melaka, Selangor serta sebahagian negeri Johor dan kebanyakan negeri lain juga. Oleh kerana makanan itu sudah dikenali seluruh Malaysia, orang tidak pelik apabila mendengar cucur, cekodok mahupun jemput-jemput.

WAKTU SAJIAN?

Pic by http://ilhamdapur.blogspot.my/
Pic by http://ilhamdapur.blogspot.my/

Seperti yang kami bagitau di awal artikel ini, selalunya cekodok, cucur atau jemput-jemput ini sesuai disediakan di waktu petang.

Saiz sajian ini sebenarnya ikut kepada si pembuat, jika dia ingin saiz kecil atau saiz besar ikut pada kemahuan si pembuat atau orang yang nak makan.

SAJIAN PALING SENANG

Sajian ini adalah sajian yang paling senang dan cepat disiapkan, korang hanya perlukan masa selama 15 minit hingga 20 minit saja. Cekodok, cucuk atau jemput-jemput ini boleh dimakan begitu saja atau dicicah dengan sos cili, gula atau kicap bercili padi.

So kat tempat korang panggil sajian ni apa? Jom kongsi dengan kami.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *