, , , ,

Beauty and The Beast Ke Dunia Realiti


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Beauty and The Beast Ke Dunia Realiti. Setelah selesai membawakan cerita Cinderella yang bakal menjengah pawagam antarabangsa pada 13 Mac ini, Disney kali ini dalam perancangan dalam membawa satu lagi karya hebat mereka “Beauty and The Beast” ke dunia realiti. Mengesahkan penyertaan sebagai pelakon utama dalam filem yang bertajuk “Beauty” ini ialah pelakon comel trilogi Harry Potter, Emma Watson. Mereka juga baru sahaja mengumumkan pelakon-pelakon yang bakal membawa watak Beast dan watak jahat, Gaston.

article-0-2085EF7400000578-688_306x423

Dan Stevens, pelakon baru yang sebelum ini membuat kemunculan dalam siri Downton Abbey dikatakan bakal membawa watak Beast/Putera.

Luke-Evans

Manakala watak Gaston pula akan dibawakan oleh Luke Evans. Cerita yang membariskan pelakon-pelakon British ini bakal diarahkan oleh Bill Condon yang sebelum ini telah mengarah filem musikal Dreamgirls dan The Twilight Saga: Breaking Dawn.

Filem “Beauty” ini meneruskan hasrat Disney untuk terus memberikan wajah baru kepada semua karya klasik mereka. Filem “Beauty” mengisahkan sebuah dongeng berlatar belakangkan perkampungan di Perancis di mana seorang gadis telah sanggup menggantikan tempat ayahnya apabila dipenjara dalam sebuah istana makhluk yang menakutkan. Namun tanpa dijangka, gadis tersebut telah jatuh cinta dengan makhluk tersebut yang sebenarnya adalah seorang putera raja yang telah disumpah.

Adakah filem ini akan mendapat kutipan hebat seperti Malificient? Sama-sama kita nantikan.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *