, , , , ,

Beauty and The Beast Ditangguhkan Tayangannya. Berikut Reaksi Rakyat Malaysia

Sejak semalam, kecoh di media sosial tentang penangguhan tayangan filem Beauty and The Beast lakonan Emma Watson dan Dan Stevens di Malaysia dan beberapa negara lain.


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Sejak semalam, kecoh di media sosial tentang penangguhan tayangan filem Beauty and The Beast lakonan Emma Watson dan Dan Stevens di Malaysia dan beberapa negara lain. Ramai yang menyuarakan pendapat dan juga amarah mereka apabila filem yang ditunggu-tunggu itu ditangguhkan tayangannya. Filem ini dikhabarkan ditangguhkan tayangannya atas sebab satu adegan kecil yang memaparkan dua lelaki menari bersama.

Untuk yang tidak tahu tentang masalah di sebalik penangguhan tayangan filem ini, suka untuk diingatkan bahawa penangguhan ini dibuat oleh pihak The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd, bukannya oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF). Menurut Pengerusi LPF, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, LPF sudah membenarkan filem Disney itu ditayangkan di Malaysia di bawah klasifikasi P13. Kebenaran telah diberikan oleh LPF selepas sedikit suntingan kecil dibuat.

Berikut antara pendapat, amarah, perlian dan sebagainya dari netizen berkenaan dengan isu penangguhan tayangan filem Beauty and The Best ini.

Macam-macam respon tentang isu filem ini. Apa-apa pun memandangkan LPF sudahpun membenarkan tayangan filem ini, kita nantikan sahaja tarikh baru tayangan filem ini dari pihak pengusaha pawagam. Semoga hal ini cepat selesai!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *