Baru Tiga Hari Tayangan, Polis Evo 2 Raih RM 3.5 Juta

Walaupun kecoh dengan isu boikot memboikot filem Polis Evo 2 yang dikatakan mencalarkan imej Islam. Polis Evo 2 tetap menjadi pilihan orang ramai untuk menonton filem ini di pawagam. Buktinya, setelah 3 hari tayangan, filem Polis Evo 2 berjaya mengutip RM3.5 juta

Perkara ini diumumkan oleh Astro Shaw di laman instagram mereka sebentar tadi. Adakah ia akan menyamai kutipan Hantu Kak Limah dan juga Munafik 2? sama-sama kita nantikan.

Siapa yang belum berkempatan untuk tengok filem ini, bolehlah isi hujung minggu korang dengan bawa family untuk menyaksikan filem Polis Evo 2 ini.

Jom kita layan sikit trailer filem Polis Evo 2 lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak ini

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.