Advertorial

Bakat Ohsem Malaysia di HURR.TV Memulakan Pencarian Bakat Terbaru Malaysia

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv dengan kerjasama penaja utama, mymotor.my kini memulakan pencarian bakat terbaru Malaysia dalam sebuah rancangan realiti bakat dalam talian terbaharu,‘Bakat Ohsem Malaysia’ (BOM). Pemenang rancangan ini akan membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM100,000 dan sebuah Proton Saga 1.3(A) ditaja oleh mymotor.my, manakala naib juara akan menerima RM20,000 dan di tempat ketiga akan menerima RM8,000.

‘Bakat Ohsem Malaysia’ adalah rancangan realiti bakat dalam talian pertama di Malaysia yang membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa had umur dan latar belakang mempamerkan bakat istimewa mereka menerusi video yang akan diadili oleh panel juri dan penonton. Empat episod pertama akan menyiarkan video yang mendapat undian tertinggi daripada panel juri dan penonton. Dalam episod berkenaan, 12 video yang mendapat undian tertinggi daripada juri akan layak ke peringkat separuh akhir bersama video ke-13 yang akan diundi oleh penonton di pusingan ‘wildcard’.

Kesemua 13 peserta separuh akhir perlu merekodkan video terbaharu rutin atau bakat mereka dan akan tertakluk kepada lima puluh peratus (50%) markah daripada panel juri dan lima puluh peratus (50%) markah daripada penonton. Lapan video dengan markah tertinggi, akan ke mara ke peringkat akhir. Meneruskan saingan, hanya lima video terpilih akan ke mara ke pusingan kedua peringkat akhir di mana mereka perlu mempersembahkan sekali lagi rutin atau bakat baharu dan akan diadili tertakluk kepada pengundian secara 50-50 oleh panel juri dan penonton. Persembahan dengan markah tertinggi daripada undian akan diumumkan sebagai pemenang.

Dua juri selebriti bagi rancangan ini adalah personaliti TV, Sherry Al Hadad dan penyanyi serta komposer, Aizat Amdan.

“’Bakat Ohsem Malaysia’ adalah rancangan realiti bakat dalam talian pertama yang memberikan peluang kepada rakyat Malaysia tanpa had umur bagi menunjukkan kemahiran atau bakat istimewa yang mereka ada di mana 50 peratus markah mereka adalah undian daripada penonton. Ini adalah peluang terbaik kepada mereka yang ingin menyerlah sebagai bakat sensasi Malaysia dan seterusnya sebagai platform untuk memenuhi impian. Kami amat teruja untuk memberikan peluang kepada bakat-bakat baharu di luar sana untuk mempamerkan bakat ‘ohsem’ mereka kepada seluruh negara dan memberikan kesan berpanjangan. Kami yakin bahawa banyak bakat-bakat mengagumkan yang menunggu masa untuk ditemui!” kata Datin Elaine Daly, Pengarah Saluran hurr.tv.

Individu atau kumpulan tanpa mengira had umur yang berminat boleh menyerahkan video uji bakat mereka berdurasi maksimum 60 saat secara dalam talian bermula sekarang sehingga 15 Oktober 2017. Pertandingan ini akan berlangsung dari 2 November hingga 23 Disember 2017. Untuk maklumat lanjut mekanisma pertandingan dan proses serahan video, layari www.hurr.tv/BOM.

Web episod pertama akan disiarkan di hurr.tv pada Khamis, 2 November 2017 dan penonton boleh menyaksikan lapan web episod seterusnya pada setiap Khamis dengan acara kemuncak peringkat akhir akan disiarkan secara langsung di hurr.tv pada Sabtu, 23 Disember 2017.

Layari www.hurr.tv untuk menyaksikan ‘Bakat Ohsem Malaysia’ atau ikuti mereka di: Facebook │ Instagram │Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top