, ,

Ayda Jebat Undi Diri Sendiri Untuk Menang Anugerah?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ayda Jebat Undi Diri Sendiri Untuk Menang Anugerah? Ramai yang terkejut ketika Ayda Jebat memenangi dua kategori dalam Anugerah MeleTOP Era 2015 pada 22 Februari lalu sehinggakan ada suara-suara sumbang yang mengatakan dia mengundi diri sendiri untuk memenangi anugerah tersebut, Betul ke?

 

Ayda Jebat3

 

Namun kenyataan tersebut dibidas oleh Ayda atau nama sebenar,Nur Suhada Jebat, dia mengatakan dia juga tidak mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian semata-mata bagi merebut gelaran itu.

 

“Dalam telefon saya tiada sebarang aplikasi Astro atau Anugerah Meletop untuk undian online yang membolehkan saya mengundi diri sendiri. Malah saya sendiri tiada masa untuk berbuat demikian,”

 

Namun Ayda tidak tidak menafikan yang kelab peminatnya iaitu AJscreamer ada membuat kempen tertentu yang dilakukan untuk meraih undian orang ramai agar dia memenangi anugerah berkenaan.

 

“Saya akui kelab peminat saya banyak membantu, mereka berkempen setiap hari agar orang ramai mengundi saya.

“Setiap setiap malam mereka menghasilkan poster saya untuk dimuat naik di laman-laman sosial bagi menginggatkan orang ramai agar mengundi saya, “

 

Ayda Jebat2

 

Dia menghargai apa juga pandangan indvidu dan mengambil perkara itu daripada sudut yang positif.

 

Saya hargai pendapat orang ramai yang tidak berpuas hati terhadap kemenangan saya. Saya berjanji untuk menjadi pelakon yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Sebagai artis baru, saya ambil kritikan tersebut daripada sudut yang baik dan positif kerana ia adalah rezeki Allah dan kita terima apa yang sudah diaturkan,”

 

Ayda juga menganggap kemenangan tersebut adalah pembuka tahun yang baik untuknya dan berjanji untuk memberikan yang terbaik buat peminat yang bersusah payah untuk melihat dia berjaya dalam industri hiburan tanah air.

Semoga Ayda Jebat tabah dengan apa yang terjadi dan teruskan kariernya sebagai pelakon dan buktikan yang dia sebenarnya pelakon yang terbaik.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *