,

Apa Itu Klang Parade Iftar?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ramadhan tiba lagi. Jadi, ke mana destinasi untuk kita cari makan pula?

 

Baru baru ini, aku diberi kesempatan menjelajah Klang Parade untuk makan makan sempena #KlangParadeIftar. Apa benda nya Klang Parade Iftar ni?

IMG_7863

Klang Parade, yang terletak di Klang (duhhh) adalah sebuah shopping mall yang menggunakan tema “Hibiscus” atau Bunga Raya, bunga kebangsaan.

 

Kalau diperhatikan, interior design yang digunakan di dalam Klang Parade sememangnya menggunakan konsep bunga raya.

 

Untuk musim perayaan ini, Klang Parade menawarkan promosi menarik sempena Aidilfitri. Para pengunjung boleh datang dan membeli-belah untuk persiapan raya, dan suasana ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Boboiboy dan rakan-rakan untuk menghiburkan anak-anak yang berkunjung. Jadi, senanglah sikit hati ibu bapa yang bawa anak-anak untuk cari baju raya. Kalau mereka kebosanan, boleh layan Boboiboy.

IMG_0029

 

Boboiboy Kuasa Tiga!

Bila dah sibuk shopping sakan, mula lah tak sedar waktu berbuka pun dah hampir. Jadi, nak dibuka di mana sambil-sambil shopping di Klang Parade ni?

 

Jangan risau, kerana ada pelbagai restoran yang menarik dan sedap ada di sini.

 

Jom kita makan makan!

 

1. Teh Tarik Place

IMG_0002

Terletak di Ground Floor, Teh Tarik Place adalah sebuah restoran yang menyediakan masakan Malaysia, and by Malaysia, I mean Malaysian food. Namakan saja apa. Roti canai, nasi lemak, nasi kerabu, kuey tiau goreng, semua ada. Dan favorite aku di sini, mee karinya. Kuah yang pekat, isi banyak. Omnomnom.

IMG_0007

Dan yang aku tidak pernah tahu, di sini juga ada menghidangkan kuih-muih tradisional.  Sesuai untuk dibuat berbuka puasa. Macam contoh, popia goreng di atas ni. Isinya cukup, ditambah dengan garnishing yang surprisingly, complement well the dish. Dicicah dengan sos yang disediakan. Enak banget iftar deh!

IMG_7840

 

Ada juga pisang goreng dan lain-lain menu yang pelbagai disediakan. Boleh layari http://www.tehtarikplace.my/menu.html untuk tengok menunya. Dan sudah tentulah semua ini dilengkapkan dengan secawan teh tarik yang, perfect. 

Untuk harga yang juga berpatutan, #GoryEats bagi 10/10. Ya, tak tipu. Memang 10/10. Sebab aku suka betul Teh Tarik Place ni.

 

 

2. The Chicken Rice Shop

 

IMG_0015

Selepas membuka selera di Teh Tarik Place, nak cari makan yang berat sikit. Sesuailah kalau kau iftar dengan memakan yang ringan, Maghrib dahulu, dan kemudian baru makan. Makan apa? Nasi ayam, di The Chicken Rice Shop (bukan sekadar nasi ayam).

IMG_0027

Satu lagi restoran yang sememangnya menjadi favorite aku. Nasi ayam di sini dihidangkan dalam portion yang ngam ngam kenyang. Kalau dimakan dengan makwe yang jenis diet, kadang-kadang satu set boleh dikongsi dua orang. Jimatlah poket pakwe.

IMG_0024

Menghidangkan nasi ayam yang enak, pelanggan boleh memilih 4 jenis ayam yang berbeza; roasted, steamed, soy sauce, and bbq. Kalau ditanya aku yang mana paling sedap, aku akan jawab keempat-empatnya. (Sorry gemuk). Selain itu, ada juga hidangan set lain seperti mee kari, mee wantan, kerabu mangga, dan rojak. Sesuailah untuk iftar seisi keluarga.

 

IMG_7849

Nampak teruja sekali puan ini apabila melihat nasi ayam yang sedap.

IMG_7855

 

 “Saya nak buat order ayam satu untuk iftar,” kata Adik ini.IMG_7857  Dekorasi yang menarik di dalam restoran.

IMG_0018

Dan bersempena dengan bulan Ramadhan, The Chicken Rice Shop menyediakan Ayam Berempah Istimewa untuk dinikmati para pelanggan. Makin sedaplah nak berbuka puasa!

IMG_0022

Brrp, dah kenyang.

 

Tapi, penjelajahan aku untuk menerokai Klang Parade masih belum tamat.

 

Tunggu sambungannya dalam Part 2…

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Gory

The Mystery Eater

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *