,

Apa itu Kerja Sosial?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Barangkali ramai antara kita yang biasa mendengar tentang ‘charity work’ atau ‘social works’. Tentunya ramai antara kita yang menjadikan kerja-kerja kebajikan seperti ini sebagai satu hobi di waktu lapang. Kurang benar saya jumpa mereka yang berkecimpung dalam dunia ini hasil dari kesedaran bahawa ini adalah minat sebenar mereka.

Saya mula berjinak-jinak dalam dunia ini sekitar tahun 2011 dan sejak detik itu saya bertemu dengan ramai kenalan baru yang menyertai program sebegini kerana untuk mengisi waktu terluang. Tak kurang juga yang mula menyertai aktiviti sebegini sebab kecewa bercinta (jangan tipu, ramai yang saya jumpa begini). Saya tak salahkan apa jua jenis faktor atau sebab seseorang mula menyertai aktiviti kemasyarakatan ini. Yang paling penting, ialah memahami apa itu kerja sosial.

Dalam ruangan ini, saya akan kongsikan dengan anda pelbagai kisah dan cerita, tips dan aktiviti-aktiviti sosial yang anda boleh sertai bersama. Kenapa? Sebab saya tahu, ramai di luar sana yang mahu memulakan projek sosial mereka sendiri tetapi kurang arif bagaimana hendak mula, siapa hendak dihubungi, aktiviti apa yang hendak dilakukan. Betul tak?

Sebelum saya kongsikan semua ini, saya nak kita semua faham, apa itu kerja sosial? Kerja sosial ini luas definisinya. Apa-apa aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan, kerja-kerja kebajikan, kesemuanya adalah di bawah definisi kerja sosial. Saya lebih gemar menggunakan terma ‘kerja sosial’ kerana bagi saya, terma ini memberi satu tanggungjawab besar kepada diri saya untuk melakukan yang terbaik dalam membantu masyarakat. Tak salah jika kita gunakan terma ‘charity’, namun begitu, saya selalu menganggap terma ‘charity’ ini menyebabkan ramai antara kita yang kurang meletakkan tanggungjawab dan komitmen terhadap projek atau aktiviti yang dijalankan. Pentingnya meletakkan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi dalam diri kita adalah kerana tanpa kedua-dua elemen ini, kita tidak dapat menilai sejauh mana impak yang mampu kita hasilkan dari projek atau aktiviti sosial tadi. Nampak tak? Kerja sosial ini, bukan hanya aktiviti-aktiviti mengisi masa lapang. Saya percaya, kerja sosial ini satu terma besar yang harus dipandang tinggi oleh golongan yang ingin menceburkan diri. Percayalah impak kesan sesuatu aktiviti itu jika dijalankan dengan betul dan tertib amatlah besar. Anda akan merasa kemanisan menjayakan sesuatu kerja sosial itu. Saya akan ulas lebih panjang tentang tanggungjawab dan komitmen yang saya maksudkan di coretan lain.

Tadi saya ada sebut tentang tujuan pelaksanaan kan? Bila saya sebut tentang tujuan pelaksanaan, itulah sebenarnya yang membezakan banyak kerja-kerja sosial atau kebajikan yang kita lakukan. Contoh – Saya pernah didatangi kumpulan-kumpulan pelajar universiti yang mana salah satu subjek memerlukan mereka untuk menjalankan satu aktiviti kemasyarakatan di mana-mana rumah kebajikan. Ada kumpulan yang menghubungi saya untuk minta nasihat dan seterusnya minta bantuan saya untuk memberi panduan kepada mereka dalam aktiviti yang mereka sendiri rancang. Ada juga kumpulan pelajar yang sedikit malas, terus hubungi saya, beritahu mereka ada 40 orang pelajar dan minta saya atur program untuk mereka (wah, dah jadi tukang atur program percuma pula saya ni! haha). Tak kurang juga mereka yang nak kerja senang, bawa 40 orang pelajar universiti, agihkan makanan pada rakan-rakan jalanan di sekitar Kuala Lumpur dan tamat!

Bukanlah saya tidak mahu membantu, tetapi kadang-kala kita ini tidak tahu betapa pentingnya kita membantu membangunkan masyarakat yang berada dalam kesusahan. Saya selalu tekankan kepada kumpulan-kumpulan yang ingin dibantu, cubalah fikirkan jalan penyelesaian atau bantuan terbaik kepada golongan memerlukan. Kita ini anak muda yang masih bertenaga maka seharusnya kita bersikap proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.

Nampak macam susah je kerja-kerja sosial dalam definisi yang saya tuliskan? Sebenarnya tidak ! Anda nantikan coretan saya seterusnya untuk mendalami bagaimana menjadi sukarelawan yang dapat membantu mengubah masyarakat. Nantikan…

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *