#FinancialGory

Apa Itu #FinancialGoryRoadtripMega?

Great Financial Tour adalah jelajah perkongsian pengurusan kewangan, kesinambungan daripada buku Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima dan Kayuh Mengejar Horizon.

#FinancialGory adalah sebuah perkongsian pengurusan kewangan peribadi untuk anak muda yang dijalankan oleh Azraei Muhamad secara runcit.

Idea asalnya tercetus apabila saban hari, semakin banyak soalan dan permintaan nasihat berkaitan kewangan diterima beliau dari para pembaca buku terbitan Write & Brave ini (dahulunya Terfaktab Media). Demi meneruskan usaha menyebarkan dakyah kewangan secara agresif, maka beliau mengambil keputusan untuk menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa sambil sambil menawarkan servis kewangan seperti travel insurans dan takaful, serta penasihat separuh masa untuk syarikat buku baru terbit, Write & Brave Sdn Bhd.

Secara harfiah, ‘gory’ bererti sebuah ‘disaster’. Maka, financial gory adalah keadaan di mana status kewangan berada pada tahap yang membimbangkan.

Selepas mendapat sambutan, 2018 menyaksikan permulaan #FinancialGoryRoadtrip apabila Azraei Muhamad menggabungkan konsep kewangan dan pengembaraan dari kedua-dua buah buku beliau untuk menjelajah serata negara dan menyebarkan ilmu pengurusan kewangan.

Bermula dengan Pulau Pinang (Januari), Johor Bahru (Februari) dan Perak (Mac), beliau mengorak langkah dengan lebih besar apabila membawa inisiatif ini ke luar negara dan mencari pelajar-pelajar Malaysia yang bertebaran serata dunia mencari ilmu dan berazam untuk turut sama membantu mereka mengatur kewangan dengan lebih power.

Maka, #FinancialGoryRoadtripMega yang pertama akan bermula di United Kingdom sepanjang April dan Mei 2018!

Ikuti pengembaraan beliau, secara ekslusif hanya di Ehgosheep!

(Dan dengar kata, ada sebuah nama besar yang beliau akan bawa untuk sama sama join di London pada 5 dan 6 Mei nanti di London. Siapakah dia? Nantikan!)

Click to comment

Tinggalkan Jawapan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

To Top