Andi Bernadee Lancarkan Muzik Video lagu terbaru beliau yang bertajuk Shimmy semalam. Muzik video tersebut sudah mendapat 261k view sejak ia dilancarkan dan kini menjadi trending no 16 di youtube Malaysia.
Lagu ini masih lah mempertaruhkan rentak reggaeton seperti lagu beliau sebelum ni. Lagu ini sekali lagi mendapat sentuhan Alif yang merupakan komposer dan penulis lirik lagu Shimmy ini. Shimmy bermaksud goyang
Jom kita lihat muzik video lagu Shimmy nyanyian Andi Bernadee ini.
Lirik lagu Andi Bernadee – Shimmy
CHORUS
Mengapa kau bersendiri
Tanpa siapa yang di sisi
Siapa lah yang sampai hati
Biar aku jadi teman kamu malam ini
Shimmy shimmy yey
Siapa lah yang sampai hati
Biar aku jadi teman kamu malam ini
VERSE 1
Aku ada beberapa soalan
Bukan hanya setakat perbualan
Aku akan mula dengan perlahan
Ikut nada kamu
Adakah nama ku penting bagimu
Adakah kerja ku penting bagimu
Adakah latar belakang aku penting bagimu
Ikut nada kamu
PRE-CHO
Janganlah kau yang salah faham
Selamanya itu ku tak mampu
Janganlah kau yang salah faham
Aku hanya penyelesaian sementara mu
CHORUS
Verse 2
Aku tak perlu kesetiaan mu
Aku tak perlu menjadi milik mu
Mungkin ini hanya pilihan aku
Ikut nada kamu
Boleh kah kalau aku ingin temani mu
Boleh kah jika aku ingin coba
Aku sudah yakin dengan kemahuan ku
Engkau fikir ini perkara mudah
PRE-CHO
Janganlah kau yang salah faham
Selamanya itu ku tak mampu
Janganlah kau yang salah faham
Aku hanya penyelesaian sementara mu
BRIDGE
Aku hanya mahu
Menjadi teman mu
Hanya buat sementara ini
Ghazi Maslan sebentar tadi memuat naik Raw Takes Muzik Video Andi Bernadee yang bertajuk Shimmy ini. Video tu macam Behind The Scene sewaktu pengambaran muzik video lagu ini.
Bagi kami lagu ini sangat catchy dan senang nak hafal liriknya, tapi jarang lah lagu Andi Bernadee tak catchy. Jadi apa pendapat korang tentang muzik video Shimmy nyanyian Andi Bernadee ni?