, ,

Anda Peminat Sunset? Ini 5 Lokasi Sunset Paling Awesome Di Bali


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bali merupakan sebuah pulau di Indonesia yang kaya dengan adat dan budaya mereka yang sangat unik. Selain dari itu, ada juga yang ke Bali untuk mencuba sukan luncur air (surfing), mendaki gunung atau mungkin sekadar melepak di tepi pantai. Walau apa pun tujuan anda ke Bali, anda TAK BOLEH terlepas dari menikmati keindahan sunset dari tepi pantai. Kami share 5 tempat yang paling popular (dan mungkin paling cantik) untuk menikmati sunset

1) Uluwatu

Terletak di bahagian selatan pulau, Uluwatu antara tempat yang paling popular untuk sunset. Tarian Kecak juga turut dipersembahkan sambil mengiringi matahari yang terbenam. Namun anda perlu memilih sama ada untuk menonton tarian Kecak atau sekadar melihat keindahan matahari dari bahagian luar kerana kedua duanya berlangsung pada waktu yang sama.

imageimage
2) La Plancha

Beanbag yang berwarna warni menjadi tarikan utama di sini. Tempat yang best untuk chill chill sambil tunggu mahatari terbenam. Namun, untuk melepak di sini, anda perlu memesan sekurang kurangnya 1 makanan dan 1 minuman setiap orang.

imageimage
3) Echo Beach

Sunset kat Echo Beach juga tidak kurang hebatnya. Terletak lebih kurang 16km di utara pulau Bali, Echo Beach bukanlah pantai yang boleh kita mandi sebab pantainya berbatu dan tembok tinggi dibina (mungkin bagi mengelakkan hakisan). Namun, terdapat beberapa gerai dan restoran makanan laut untuk chill sambil menunggu matahari terbenam.

image image
4) Potato Head Beach Club

Jika anda bayangkan sebuah kelab malam, sebenarnya anda silap. Tempat ini sebenarnya lebih kepada restoran yang terbahagi kepada 2 – indoor & outdoor. Di bahagian outdoor, ada sebuah bar dan swimming pool. Best gila lepas makan boleh terjun tiruk masuk pool. Antara tempat yang happening dengan muzik sambil tengok matahari terbenam dari tepi pantai.

imageimage
5) Ayana Rock Bar

Haaa yang ini baru betul bar. Bar yang terletak di tepi pantai. Dari segi harga, Rock Bar ni agak mahal. Oh dan, ada dress code ye kalau nak lepak sini. Pemandangan dari sini,….. Haih malas nak cakap banyak. Korang boleh tengok sendiri gambar ni.

image

image

Cukuplah 5 tempat dulu. Sebenarnya ada banyak lagi tempat lain. Mungkin kami akan share dalam post akan datang. Jadi, ada rasa macam nak pegi Bali tak?

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *