Amazing! BlackPink Dilaporkan Bakal Bekerjasama Dengan Lady Gaga.

BLACKPINK dikhabarkan berkemungkinan bakal bekerjasama dengan Lady Gaga. Pasti Blink teruja mendengar perkhabaran ini.

Pada 4 Mac yang lepas, stesen radio United Kingdom, Capital FM melaporkan bahawa BLACKPINK mungkin bakal membuat penampilan dalam album terbaru Lady Gaga.

Berdasarkan laporan itu, YG Entertainment mengatakan bahawa “BLACKPINK kini sedang sibuk dalam banyak projek. Sukar untuk mengesahkan perkara ini dalam masa terdekat. Diminta untuk tunggu pengumuman rasmi”

Agensi hiburan itu juga mengesahkan bahawa kini mereka sibuk menumpukan fokus kepada persediaan album baru untuk kumpulan BLACKPINK dan WINNER.

Jika perkhabaran ini menjadi realiti, ini mungkin satu lagi kejayaan bertaraf antarabangsa oleh BLACKPINK. Kumpulan ini baru sahaja menamatkan konsert jelajah “In Your Area” mereka dan membuat persembahan di hadapan 205,000 penonton.

Sumber: Soompi

Mbekkk.
Posts created 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top