Advertorial

Al Meroz, Hotel Islamik di tengah Bandar Bangkok

Al Meroz.

Selalu kalau sebut je pasal Bangkok, mesti korang imagine penuh tempat party, susah cari makanan halal, tempat shopping pastu teringat maknyah atau kelab-kelab social je.  Lepastu kalau nak bawak parents pergi bercuti dan dorang ni pentingkan makanan halal, mostly  pakej percutian Muslim mesti mahal dai pakej biasa.

Bengkok sekarang dah ada sebuah lagi hotel 4-star baru and hotel ni sangat recommended untuk korang. Harganya tak terlalu mahal, tempat dia strategik, makanan sedap and hotel pun cantik sangat.

Mula-mula masuk Al-Meroz ni, amazed sangat dengan interior dia. Most of interior design dorang bercirikan islamik. Maklumlah, hotel ini diuruskan oleh TS Family Group, and merupakan hotel islamik first kat Bangkok. Lepastu, kat Lobi hotel pun ada jual barang-barang and baju muslimah.

Al Meroz mempunyai 242 buah bilik berlainan saiz  dimana semuanya menerapkan ciri-ciri islamik dengan mempunyai arah kiblat, Al Quran, Telekong dan Sejadah di dalam bilik. Ada bilik jenis superior, deluxe, Family connecting Room dengan suites. So, korang boleh check sendiri dekat website untuk tengok rupa-rupa bilik tu.

Paling best kat Al Meroz ni adalah makanannya, makanan breakfast pun dah terbaik. Ada makanan barat, makanan timur and paing penting makanan Thai. Plus, kalau korang rasa nak cari makanan streetfood halal kat Bangkok pun, dekat area hotel ni ada banyak. Korang boleh tanya je kat Lobi and dorang boleh tolong korang. Lua nak bagitau, staff Al-Meroz ni semua muslim so dorang boleh cakap melayu and English.

Fasiliti yang ada dekat Al Meroz ni pun best jugak. Ada infinity swimming pool kat tingkat atas sekali, ada restaurant, ada dewan-dewan untuk wedding and event, ada meeting room dan sebagainya.

Attraction yang ada dekat dengan Al Meroz

Al Meroz terletak kat kawasan Ramkhamhaeng. Dekat je dengan beberapa tempat shopping dan airport. Antara tempat shooping area tu ada Train Night market yang jual barang murah-murah, Seri Market, Emporium mall, Sukhumvit Soi 308 Night Market dan sebagainya.

Summary
Review Date
Reviewed Item
Hotel Al-Meroz , Bangkok
Author Rating
41star1star1star1stargray
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top