Akhirnya! Jun Ji Hyun Dikhabarkan Bakal Membintangi Drama Baharu.

Jun Ji Hyun, pelakon utama drama popular The Legend of The Blue Sea dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk membintangi drama baharu.

Jika perkhabaran ini benar, maka pasti peminat Jun Ji Hyun akan teruja. Kali terakhir beliau menjadi pelakon utama kdrama adalah di dalam drama The Legend of The Blue Sea pada 2017.

Jun Ji Hyun

Seorang wakil industri yang boleh dipercayai mengatakan pelakon popular tersebut bakal membintangi drama baru yang bertajuk “Mount Jiri” (working tittle) hasil tulisan dari Kim Eun Hee.

“Jun Ji Hyun tampak positif untuk memerima tawaran membintangi projek terbaru Kim Eun Hee yang bertajuk “Mount Jiri”

Culture Depot, Agensi

Projek terbaru daripada Kim Eun Hee dikhabarkan akan berlangsung di Mount Jiri. Kim Eun Hee sememangnya penulis skrip yang tidak asing lagi dalam dunia KDrama. Antara hasil tulisan beliau adalah Sign, Phantom, Three Days, Signal dan yang terkini, Kingdom.

“Mount Jiri” kini dalam proses mencari pelakon yang sesuai dan bakal memulakan penggambaran pada pertengahan tahun ini. Drama ini dijangka bakal ditayangkan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Yang pastinya, ini sememangnya berita baik untuk peminat beliau. Tak sabar!

Sumber: Soompi

Posts created 5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top