Processed with VSCO with bbma preset

, , , , , , , , , , ,

LOL Love Win WTF

Ada Typo Jawi Dalam Video Muzik Terbanglah – Sekumpulan Orang Gila?


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kecoh di Twitter beberapa hari lepas tentang penangan lagu terbaru dari kumpulan post-hardcore (sesetengah orang akan panggil band metal) dari Selayang, Sekumpulan Orang Gila yang bertajuk Terbanglah.

Kecoh kerana unsur nusantara dalam lagu metal. Ramai tak sangka, lagu metal boleh kena dengan bunyi gamelan.

Tetapi bukan itu yang menjadi perhatian Ehgosheep. Yang menarik perhatian kami untuk menulis adalah typo tulisan jawi di permulaan video muzik Terbanglah.

Ramai netizen yang bersuara tentang typo tersebut di Twitter.

Yang jadi lebih Ehgosheep kurang berpuas hati adalah bila pengarah video muzik Terbanglah mengatakan yang typo didalam video muzik tersebut disengajakan. Tapi kenapa nak sengaja typo?

Apa sebab utama pengarah video muzik tersebut dengan sengaja berbuat demikian?

Pihak Ehgosheep dapat menghubungi pengarah video muzik Terbanglah, Elmielmo di ruangan mesej di Twitter beliau untuk mendapatkan penjelasan disebalik typo tersebut.

Elmielmo – Pengarah MV Terbanglah

Ehgosheep: Salam Elmielmo. Apa khabar? Tahniah daripada Ehgosheep untuk Elmielmo dan Sekumpulan Orang Gila diatas pelancaran video muzik terbaru; Terbanglah.

Elmielmo: Salam Ehgosheep. Alhamdulillah terima kasih. Saya tak buat apa pun, the boys yang deserve all the credits.

Ehgosheep: Kami ingin bertanyakan mengenai typo yang hangat diperkatakan netizen. Katanya disengajakan? Betul ke?

Elmielmo: Ye betul. Memang disengajakan typo tersebut. Saya mula-mula ingatkan takkan ada yang perasan. Kerana ianya hanya sedutan pendek tak sampai 5 saat.

Ehgosheep: Boleh kami tahu, kenapa ianya disengajakan?

Elmielmo: Sebenarnya, typo tersebut ada kena-mengena dengan kenapa dia orang berlima memakai kain penutup mata sepanjang video muzik. Cuba teka.

Ehgosheep: Ada kena-mengena? Ada yang pernah bertanya sebelum kami?

Elmielmo: Ramai kawan rapat yang terus whatsapp sebaik mereka nampak typo tersebut. Saya akan reply semua text yang saya dapat mengenai isu ini dengan ayat, “anda tidak akan percaya apa makna typo didalam video muzik Terbanglah!”. Haha

Ehgosheep: Jika tidak keberatan, boleh kongsikan dengan pembaca kami, apa rasional disebalik typo dan tutup mata?

Elmielmo: Sebenarnya, typo tersebut disengajakan dengan harapan ada yang ternampak. Dan bukan semua yang akan nampak dan perasan. Kecuali kepada sesiapa yang teliti dalam melihat. Tak semua manusia dalam dunia ini yang menggunakan mata mereka untuk benar-benar melihat. Manusia selalunya berada didalam zon selesa dimana mereka ambil enteng tentang perkara remeh-temeh atau perkara yang diluar ruang selesa mereka.

Elmielmo: Orang kita sekarang sudah selalu meninggalkan tulisan jawi, dan jika ada yang terlalu lama tinggalkan tulisan jawi, akan mengalami sedikit kesukaran untuk membaca tulisan tersebut dan mengambil keputusan untuk skip sahaja tulisan tersebut dan terus menonton video muzik.

5 anggota Sekumpulan Orang Gila didalam muzik video memakai penutup mata adalah untuk menggambarkan orang-orang yang mempunyai mata, tapi tidak mencelikkan mata mereka. Mereka tidak memandang benda-benda kecil yang sebenarnya membawa makna yang besar didalam hidup mereka.

“Cinta akan selalu memberitahu bila perlu lari, bila harus berhenti” lebih bermakna dari “Cinta akan selalu memberitahu bila perlu lari, bila peras berhenti”. Saya sendiri tidak tahu maksud “peras berhenti”.

Ehgosheep: Terima kasih atas penjelasan. Tak sangka maknanya begitu mendalam. Memang konsep video ini dari awal difikirkan begini?

Elmielmo: Sebenarnya, kami ingin lakukan sesuatu yang berlainan didalam video, tetapi disebabkan kekangan masa, saya terpaksa melakukan stunt typo untuk menyampaikan mesej ini dengan cara paling simple dan subtle. Saya bukan jenis yang deep macam ini. Tapi sebab video muzik ini terlalu minimal, saya perlu sedikit benda yang buatkan video muzik ini mempunyai mesej sesuai dengan lagu yang mempunyai lirik yang penuh makna.

Ehgosheep: Terima kasih Elmielmo. Semoga Terbanglah diterima ramai dan Sekumpulan Orang Gila akan lebih berjaya selepas ini.

Dengan penjelasan Elmielmo yang juga pengurus kepada Sekumpulan Orang Gila ini, harapnya segala persoalan dari penyokong muzik Sekumpulan Orang Gila akan terjawab. Tak sangka Elmielmo yang kami kenal dengan tweet-tweet meroyan ini mempunyai sisi gelapnya!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 83.333333%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 16.666667%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *