,

Ada Benda Yang Tidak Patut Kita Kongsikan Di Sosial Media


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Kita semua ada akaun sosial media tak kisahlah twitter ke, facebook ke, myspace ke, friendster ke, path ke, tumblr ke semua ada akaun social media sendiri. Pada bulan September 2014, ada 71% orang yang mengunakan Facebook, manakala 23% orang mengunakan Twitter dan 26% mengunakan Instagram, selebihnya mengunakan akaun sosial media yang kami tak sebut, pepandailah korang cari. 

So apa yang kami ingin kongsikan disini ialah benda-benda yang tak sepatutnya korang muatnaik atau kongsikan di laman sosial media. Sebenarnya, korang tak perlu nak kongsi semua jenis benda kat sosial media, mungkin benda yang korang share tu boleh buat korang terkenal ataupun sebaliknya, so berhati-hatilah. Jom kita tengok apa benda yang korang tak patut muatnaik atau kongsikan dekat sosial media.

Jangan sekali-kali post benda ni kat sosial media

1. Isu Hubungan Anda
Relationship Status

Walaupun hubungan korang porak-peranda atau ada masalah, tak pun korang benci gila dengan ex BF atau ex GF janganlah meluahkan perasaan korang tu atau menceritakan masalah korang tu dekat laman sosial. Sebenarnya kawan kat sosial media korang tu tak perlu tahu pun apa yang terjadi kat korang.

2. Gambar Bogel
nudes

Walaupun korang obses dengan badan korang yang solid 200% tu, jangan sesekali kongsikan/muatnaik gambar bogel korang dekat sosial media, kerana ia mungkin akan memberi padah kat korang dimasa hadapan melainkan korang suka dimalukan dekat sosial media.

3. Gambar Kehidupan Liar Korang
drugs & alcohol

Tak kisahlah korang nak mabuk, nak hisap dadah ke, jangan sesekali muatnaik atau kongsikan gambar korang tu dekat sosial media. “Leave it to yourself” mat salleh kata. Jangan kerana satu gambar korang kat sosial media menyebabkan korang dipecat ataupun ditangkap oleh pihak berkuasa. Hati-hati sebab dekat laman sosial ni ada jek mata yang memerhati dan ada juga yang dengki.

4. Hal Perihal Kerja Korang
personal opinion

Biasalah bila dah stress atau marah, kita mesti nak luahkan perasaan tu dekat sosial media, tapi yer hati-hati mungkin luahan hati korang tu dibaca oleh kawan sepejabat  korang ataupun bos korang sendiri, dan ia mungkin boleh menyebabkan korang dibuang kerja juga dan juga boleh memburukkan reputasi tempat kerja korang.

5. Duit + Kredit Kad
duit

Tahulah setiap minggu duit masuk RM10Juta sebab join MLM, tapi janganlah sampai nak tunjuk duit korang tu dekat laman sosial, orang sekarang susah nak diramal. Jangan sampai korang kena rompak secara online ataupun offline.

6. Gambar Kawan Korang.
gambar yang memalukan kawan2x

Kalau nak muatnaik gambar kawan korang yang senonoh takpe gak, ni muatnaik gambar kawan yang tengah tidur dan mulut terbuka luas mungkin akan memalukan kawan korang dan membuatkan kawan korang marah.

7. Hasil Kerja Orang
benda yang takde copyright

Jangan pernah muatnaik hasil kerja orang tanpa memberikan kredit pada pemilik sebenar, sebab jika korang upload gambar atau hasil kerja orang lain tanpa bagi kredit pada pemiliknya korang akan dikira sebagai pencuri digital.

8. Personal Conversation
personal conv

TAK ADA SESIAPA PUN YANG NAK TAU APA YANG KORANG BORAK, DIA MESEJ KAU SECARA PERSONAL MESTI ADA SEBAB DAN BUKAN UNTUK KORANG MUAT NAIK KAT LAMAN SOSIAL BAGI ORANG LAIN BACA PERBUALAN KORANG

9. Cerita Hidup Korang
too much infomation

Sebenarnya korang tak perlu pun nak kongsi apa yang korang buat setiap saat di laman sosial korang, ada benda yang orang nak tau dan orang tak nak tau pasal korang, so rasanya korang tak perlu nak cerita semua benda yang terjadi kan korang dari start korang bangun sampai korang nak tidur semula.

10. Hal-Hal Sensitif
rahsia negara

Janganlah kongsi no. telefon korang, password akaun laman sosial korang. Kita tak tau apa yang orang kat laman sosial akan buat dengan no. phone korang ataupun password akaun laman sosial korang. Jangan cakap kami tak bagi amaran pula bila dah kena nanti.

so korang rasa apa lagi benda yang tak sepatutnya dikongsi di laman sosial? Meh komen kat bawah ni.

Images: Tumblr, trashmedia, buddhishdoor, Huffington Post

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *