, ,

9 Barang Yang Patut Ada Dalam Diaper Bag


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bila ada anak kecil dan jadi emak-emak atau ayah-ayah ni, mesti kita akan fikir perkara yang memudahkan kita untuk menguruskan anak kecil kan? Lagi-lagi bila ia masih bayi dan hanya tahu menangis sebagai cara berkomunikasi. Ada anak kecil tak menghalang kita untuk berjalan ke sana ke sini. Tetapi, bila ada anak kecil ni, jangan lupa benda penting yang patut ada dengan anda. Ya, sebab itulah anda memerlukan ‘Diaper Bag’ untuk meletakkan segala barang penting ini.

Jom kita usha apa 9 barang Yang Patut Ada Dalam Diaper Bag anak anda.

1. Changing Mat

Ye, bila dah keluar, bukan semua tempat ada tempat yang bersih dan selesa kan untuk baringkan anak? Jadi kenalah sediakan changing mat supaya dapat baringkan anak di kawasan yang sesuai tanpa risau badan anak kotor. Digalakkan beli diaper bag yang memberikan changing mat percuma. Senang sikit kan?

2. Nursing Cover (Untuk yang menyusu-badankan anak)

Bagi yang menyusu-badankan anak, sediakanlah nursing cover supaya dapat menyusukan anak bila-bila sahaja anak anda minta. Bukan semua tempat ada baby room, jadi sediakan payung sebelum hujan.

3. Spray Air

Spray air ni sesuai untuk yang merasakan tak cukup bersihkan penggung anak gunakan wet tissue sahaja. Nak kena semburkan air juga untuk rasa bersih. Botol spray begini boleh beli di Daiso. Ada pelbagai saiz.

4. Lampin

Lampin pakai buang ni bawalah berapa banyak ikut berapa jam anda keluar. Sediakan satu lampin untuk setiap sejam. Jadi jika anda keluar dalam tiga jam, bawa tiga helai. Mudah kan?

5. Plastik Sampah Kecil

Kita tak mahu jadi manusia yang dibenci kan? Jadi bungkuskan lampin kotor anak anda dalam plastik sampah kecil dahulu sebelum buangkan ke tong sampah besar. Jadi baunya tidaklah semerbak sekali. Dan jika anda berada di kawasan yang tiada tong sampah, anda boleh letakkan di dalam beg dahulu tanpa risau bau. Boleh beli plastik kecil ini di Daiso juga.

6. Wet Tissue

Takkan ini pon nak diberitahu kenapa kan? Hehe

7. Face/Hand Tissue

Untuk insan yang terlebih teliti, face/hand tissue ni sesuai untuk anda bila nak lapkan muka atau tangan anak yang kotor. Atau mungkin sahaja untuk anda.

8. Tisu

Bawa sahaja tisu untuk saat-saat tak terduga.

9. Baju

Bawa baju lebih untuk anak dalam sehelai dua. Anda takkan tahu bila anak anda muntah secara pukal atau buang air besar sehingga tembus di seluarnya kan?

10. Susu formula, Botol Susu & Thermos Air Panas (EXTRA)

Ini untuk bayi yang minum susu formula. Pastikan susu cukup mengikut berapa jam anda keluar ye? 
Itu sahaja 9 + 1 Barang yang patut ada dalam diaper bag anak anda. Ada lagi yang patut diletakkan? Kongsikan bersama kami di @ehgosheep !

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *