7UJUH – “Tiada yang terlepas dari sumpahannya.” 7 jiwa. 7 nista. 7 noda.

Nampaknya panggung wayang kita sekali lagi dihidangkan dengan satu filem seram-thriller tidak lama lagi. Filem yang diarahkan oleh penerima anugerah Pengarah Harapan di FFM yang ke 27 ini merupakan buah tangan pertama dari beliau iaitu Raja Mukhriz.

Primeworks Studios bakal menayangkan sebuah filem seram-thriller yang bertajuk 7UJUH tidak lama lagi. Filem ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh Raja Mukhriz, penerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-27.

Dengan kerjasama bersama Primeworks Studios, filem 7UJUH ini akan ditayangkan pada 8 November ini. Dengan berlatarbelakangkan zaman 70an, Filem ini menceritakan satu kisah tragik yang berlaku ketika tujuh orang sahabat yang mengadakan parti di sebuah rumah banglo namun parti itu bertukar liar dan sesuatu yang tidak diduga terjadi kepada Suri.

Filem ini juga dibarisi pelakon-pelakon berbakat tanahair, dengan penampilan istimewa dua pelakon veteran. Diterajui oleh Johan As’ari sebagai Sam, Siti Saleha sebagai Tina, Cristina Suzanne sebagai Yasmin, Aeril Zafril sebagai Ilyas, Deedee Nash sebagai Emma, Pekin Ibrahim sebagai Mus, Riz Amin sebagai Ray dan Marsha Milan sebagai Suri, di samping penampilan khas oleh Wan Hanafi Su dan Faizal Hussein. Majoriti set penggambaran filem ini dirakamkan di Cameron Highlands, Pahang, dan telah mengambil masa selama 35 hari untuk disiapkan.

7UJUH bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 8 November 2018. Untuk maklumat terkini tentang 7UJUH, layari www.facebook.com/primeworks.film

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tayangan Perdana 7UJUH, korang boleh baca di sini http://bit.ly/7UJUHPremiere

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.