Advertorial

6 Idea Untuk Hadiah Personal Yang Menarik

Pening kepala kan tiap kali tiba hari jadi seseorang atau sambutan ulang tahun ke sebab tak tahu nak belikan apa. Risau juga hadiah yang kita belikan itu tak cukup menarik di mata penerima atau mungkin baginya hadiah biasa yang diberikan sangat membosankan. Haa apa kata berikan hadiah yang diberikan sedikit sentuhan personal? Gambar kenangan anda atau mungkin sahaja kata-kata motivasi yang mampu memberikan semangat kepada penerima. Mesti penerima hadiah rasa dihargai kerana hadiah yang berikan itu memang dibuat khas untuk dia!

Ini cadangan kami 6 idea untuk hadiah personal yang menarik!

 

Button Badge

Comel sungguh button badge yang boleh direka mengikut corak atau gambar pilihan anda sendiri! Boleh diletakkan di bag, topi atau bekas pensil, button badge memang sesuai dijadikan hadiah untuk mereka yang sukakan kecomelan.

Gambar Jubin Seramik

Bosan kan cetak gambar di kertas biasa? Apa kata hadiahkan kesayangan anda dengan gambar jubin seramik yang tampak sungguh eksklusif dan mewah. Boleh pilih untuk letakkan gambar kenangan anda atau gambar corak kesukaannya, pastinya hadiah ini memang akan dihargai penerimanya.

Cawan Berwarna

Siapa hidup tanpa cawan kan? Mesti rasa seronok kalau dihadiahkan cawan berwarna yang mempunyai gambar kenangan atau kata-kata motivasi untuk memulakan hari kita.

Keychain

Kawan atau kesayangan anda itu pengemar keychain? Maka memang tepatlah untuk anda hadiahkannya keychain personal yang memang dicipta khas untuknya!

Gambar Puzzle

Seperti gambar jubin seramik, gambar puzzle ini memang sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang luar biasa. Dengan gambar puzzle ini, anda juga boleh menghabiskan masa bersama-sama menyusun kembali gambar tersebut ke gambar asalnya. Dua dalam satu!

Bantal

Anda suami isteri sedang menjalankan hubungan jarak jauh? Hadiahkan sahaja bantal yang boleh direka dengan gambar anda agar boleh dipeluk bila malam tiba. Jika anda golongan muda hipster, boleh reka sendiri bantal yang tertulis #QOTD dan hadiahkan pada rakan bila hari lahirnya.

Kesemua barangan di atas anda boleh dapatkan di Printicious, laman web khas untuk mereka barangan yang boleh direka dengan sentuhan peribadi. Menawarkan pelbagai jenis barangan seperti cawan, bantal, tag bag, casing telefon dan bermacam-macam lagi. Menarik lagi mengenai Printicious adalah anda boleh mereka sendiri barangan yang anda minat di laman web tersebut. Jadi tidak perlu lagi risau bagaimana agaknya rupa produk yang anda beli kerana anda sendiri yang merekanya! Hebat bukan?

Ini masa yang sesuai untuk anda membeli di Printicious kerana sehingga 18 November ini, mereka akan memberikan diskaun 30% kepada semua pembelian. Hanya gunakan kod voucher NOVSALE2017 semasa pembayaran, maka anda sudah dapat diskaun tersebut.

 

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

To Top