, ,

5 Tips Untuk Hias Rumah Gaya Scandinavian


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Sesiapa yang sudah mempunyai rumah sendiri, pasti seboleh mungkin mahu menghias rumah dengan gaya yang unik dan praktikal. Setelah penat bekerja seharian, pasti badan dan mata kita mahu pulang ke rumah yang sedap mata memandang. Gaya Scandinavian sudah lama menjadi pilihan mereka yang gilakan hiasan rumah. Gaya  ini sudah muncul dari zaman 1950-an lagi di negara-negara seperti Norway, Sweden dan Denmark. Gaya Scandinavian ini menitik beratkan kesederhanaan dan juga minimalis memang disukai warga muda.

Untuk anda yang masih mencari-cari hiasan rumah yang sesuai dengan anda, apa kata hias saja Scandinavian ini. Berikut 5 Tips Untuk Hias Rumah Gaya Scandinavian !

 

1.Fokus pada penggunaan material semula jadi.

Kayu, bulu, dan kulit haiwan antara bahan utama dalam pemilihan hiasan Scandinavian ini. Kebanyakan pengemar Scandinavian memang akan memilih perabut kayu, dan juga hiasan yang penuh dengan bulu sebagai penyejuk mata mereka.

Scandinavian 3

2. Warna lantai yang cerah.

Tidak wujud konsep karpet berwarna-warni atau tiles yang terlalu serabut coraknya. Scandinavian memang memilih lantai berwarna cerah seperti putih atau krim sebagai gaya utama.

Scandinavian 1 Scandinavian 6

3. Warna natural.

Untuk anda yang tidak gemarkan warna terang, gaya Scandinavian ini memang dicipta untuk anda. Gaya Scandinavian memang banyak memilih warna-warna natural seperti putih, hitam, coklat, kelabu sebagai warna utama. Sungguh minimalis!

Scandinavian 4

4. Biarkan lampu menerangi hidup anda!

Lupakan lampu kalimantang yang bosan itu! Gaya Scandinavian memerlukan anda untuk menghias rumah dengan lampu-lampu yang menarik! Gaya ini walaupun sangat sederhana tapi masih memerlukan anda untuk berfikir dengan kreatif.

Scandinavian 8

Scandinavian 9

5. Banyakkan aksesori!

Siapa kata hanya wanita sahaja layak menggunakan banyak aksesori? Rumah gaya Scandinavian juga memerlukannya! Dapatkan bantal hiasan dengan corak menarik, pokok segar yang mampu menghijaukan mata, karpet yang simple tapi masih bold, dan juga rak buku yang mampu memberikan jiwa kepada rumah anda!

Scandinavian 7 Scandinavian 2

Jadi, adakah anda sudah jatuh cinta dengan gaya Scandinavian ni? Jika ya, cepat-cepat buka Pinterest atau Tumblr dan selamat berdeco!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *