, ,

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton BoBoiBoy The Movie


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, pasti sudah kenal dengan kartun animasi kegemaran kanak-kanak iaitu BoBoiBoy. Silap-silap, boleh hafal sekali nama watak dan juga lagu tema BoBoiBoy kan? 3 Mac yang lepas, BoBoiBoy The Movie telah ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem animasi ini juga akan ditayangkan di Indonesia pada 13 April nanti. BoBoiBoy The Movie telah pun mencecah kutipan RM3.5 juta selepas empat hari ditayangkan. Hebat bukan?

02

 

Pada Rabu yang lepas, team Ehgosheep sempat meluangkan masa untuk menonton sendiri kehebatan BoBoiBoy The Movie. Jadi, jom kami beritahu anda 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton BoBoiBoy The Movie sekarang juga.

1. BoBoiBoy The Movie ni animasi tahap antarabangsa

Bila menonton BoBoiBoy The Movie ni memang terasa macam menonton filem animasi luar negara. Memang kemas dan rapi seninya. Mana taknya, filem BoBoiBoy The Movie ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan. 70 pekerja telah digunakan untuk menghasilkan filem ini.

04

2. Ochobot telah ‘diupgrade’ dan mendapat kuasa baru!

Ochobot, robot yang menjadi rakan setia BoBoiBoy telah berjaya ‘diupgrade’ dan mendapat kuasa baru! Ochobot mendapat kuasa baru, hasil pemberian sfera kuasa lain iaitu Klamkabot. Rupa baru Ochobot memang lagi umph dan smart!

3. BoBoiBoy dan kawan-kawan telah ‘diupgrade’

Untuk sesiapa yang memang mengikuti animasi BoBoiBoy, pasti tahu yang BoBoiBoy dan kawan-kawannya mempunyai kuasa masing-masing. Bukan Ochobot je dapat kuasa baru. Dalam BoBoiBoy The Movie, kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawan telah diupgrade oleh Ochobot! Nak tahu apa kuasa mereka, kena tonton sendiri BoBoiBoy The Movie!

24+Foto+Boboiboy+Bergerak+Gif+Terbaru7

4. BoBoiBoy The Movie memang sesuai ditonton oleh segenap usia

Siapa cakap hanya kanak-kanak je yang sesuai nak tonton BoBoiBoy The Movie? Orang dewasa pon boleh. BoBoiBoy The Movie memang cukup menghiburkan. Malah melalui pemerhatian kami, lebih dari 40% orang dewasa menonton BoBoiBoy The Movie di pawagam tanpa membawa kanak-kanak.

5. Unsur persahabatan yang kuat dalam BoBoiBoy The Movie

Dalam setiap filem, mesti ada unsur nasihat yang akan ditunjukkan kan? Dalam BoBoiBoy The Movie, memang jelas mereka mahu menonjolkan unsur persahabatan dan kekeluargaan. Bagaimana BoBoiBoy, Ochobot dan rakan-rakan saling melindungi sesama mereka dari kuasa jahat geng Tengkotak.

papa zola selfie

Ha amacam? Rasa nak tengok tak? Untuk anda yang sudah menonton BoBoiBoy The Movie, jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai filem ini menggunakan hashtag ‪#‎boboiboymovie‬ di laman sosial anda okay.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *