Business People Working with Technology

, ,

5 Pekerjaan Yang Tidak Wujud 10 Tahun Lepas


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Dunia moden kini makin pesat membangun. Segalanya berubah dan bergerak dengan sangat pantas. Dunia kita kini segalanya boleh dikatakan melibatkan dunia digital.

Sepuluh tahun yang lepas Facebook hanyalah tempat yang segelintir sahaja manusia yang tahu dan iPhone tidak dimiliki oleh ramai orang. Tapi kini, Facebook boleh dikatakan menjadi keperluan utama ‘hiburan’ manusia dan ramai manusia sudah memiliki iPhone.

Dunia berubah dan begitu juga sektor pekerjaan. Digital memainkan peranan penting mengubah dunia pekerjaan dari cara tradisional ke dunia digital.

Siapa sangka, pekerjaan yang dahulunya tidak pernah difikirkan akan wujud, kini menjadi pekerjaan utama khususnya di dunia digital. Berikut adalah 5 pekerjaan yang tidak wujud 10 tahun lepas. Mari kita lihat adakah pekerjaan anda termasuk dalam senarai tersebut.

1. Pengurus Media Sosial

Jika dahulu media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram hanyalah tempat untuk membazir masa, berhubung dengan rakan sekolah atau mencari ‘kenalan’ baru, tapi kini media sosial adalah medium penting untuk sesebuah organisasi, selebriti atau perniagaan.

Sebab itulah wujudnya pekerjaan pengurus media sosial untuk menguruskan media sosial supaya lebih menarik, tersusun dan konsisten.

Media sosial kini dianggap laman rasmi dan medium utama untuk berkomunikasi, jadi penting untuk memastikan laman media sosial sentiasa up to date dan informatif.

2. Pembangun Applikasi

Rata-rata rakyat Malaysia kini mengunakan smartphone samada iPhone atau Android. Jika dahulu segala urusan masih dilakukan di pejabat rasmi atau menggunakan komputer, kini ramai lebih memilih untuk melakukan secara atas talian sahaja menggunakan applikasi.

Jadi wujudlah pembangun applikasi untuk memastikan segala keperluan urusan atau hiburan manusia dapat dilakukan melalui applikasi di smartphone sahaja.

3. Pemandu Uber/Grab

Walaupun baru sahaja dilancarkan sekitar tahun 2009, namun Uber telah mengaut keuntungan hampir bernilai 62 juta USD. Begitu juga dengan Grab Car yang kini merupakan competitor utama untuk Uber.

Siapa sangka jika dahulu tidak ada golongan muda yang mahu bekerja sebagai pemandu teksi, tapi kini semakin ramai golongan muda menjadikan Uber/Grab sebagai pekerjaan kedua mereka.

4. Penganalisis Data/ Saintis Data

Penganalisis Data atau biasa disebut sebagai “Big Data Analyst” kini antara pekerjaan yang semakin mendapat perhatian.

Malah, gajinya juga agak lumayan. Dengan peningkatan penggunaan media sosial, maka semakin banyak data yang dihasilkan oleh pengguna. Maka, tugas penganalisis data ini adalah untuk menganalisis segala data yang berguna di media sosial untuk syarikat mereka.

5. Selebriti Media Sosial

Syok sendiri, muka tak tahu malu atau mencapub. Mungkin itu tanggapan 10 tahun lepas bagi mereka yang kerap post gambar sendiri bersama review mereka. Namun kini, semakin ramai golongan marhaen yang kini hidup serba mewah seperti golongan artis.

Malah, bayaran yang mereka terima untuk review atau undangan majlis juga agak mahal. Sebab itulah ramai anak muda makin gila mengejar like, retweets dan followers dengan membuat perkara bodoh, kerana mereka mahu mengejar gelaran ‘sosial media influencer’.

Itu antara 5 pekerjaan yang tidak wujud 10 tahun lepas. Adakah pekerjaan anda termasuk dalam senarai tersebut? Jika ya. tahniah, kerana kami juga sama!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *