, , , ,

Win

5 langkah mudah menjadi Hipster


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Adakah anda seorang Hipster? Apakah makna sebenar Hispter? Secara dasarnya Hipster merujuk kepada mereka yang sukakan pakaian, muzik, makanan dan aktiviti di luar alur mainstream. Jika anda ingin menjadi seorang Hispster, jom kita ikuti langkah-langkah ini:

hipster

1. Nak jadi Hipster, kena nampak macam Hipster

Pergi ke kedai bundle terdekat dan cari tshirt yang simple dan rare. Kalau nak lagi smart, beli blazer. Basuh baju dua tiga kali dan anda akan jadi hipster dengan idea memakai baju yang tidak mainstream. Jika tidak pasti dengan pilihan warna, hitam adalah pilihan yang selamat.

2. Dengar muzik Hipster

Masa yang tepat untuk selongkar koleksi lagu ibu bapa anda yang lama. Kalau mereka ada piring hitam lagi bagus! Menurut pakar Hipster, muzik lama adalah muzik trendy. Pelik tapi benar. Jika kawan-kawan sebaya anda tidak tahu akan lagu yang anda dengar, tahniah! Anda ada selera muzik Hipster. Jika mahu jadi lebih hispter, dengarkan lagu-lagu negara lain. Tiada yang lebih cool berbanding mendengar lagu pop perancis yang bahasanya anda tidak faham. Kalau nak lebih selamat, pilih genre Jazz atau Folks.

3. Cakap macam Hipster

Nak nampak pandai, anda kena ada banyak rujukan. Tonton filem hollywood 80an. Hafal quote bernas dari orang-orang penting seperti Oprah Winfrey, Abraham Lincoln atau James Dean. Anda belum cukup Hipster jika tidak pernah menonton filem The Goonies, The Breakfast Club, atau Ferris Bueller’s Day Off.

4. Jadi kreatif

Cara paling mudah nak jadi kreatif ialah menjadi seorang yang kreatif. Minat melukis dan juga mengarang puisi adalah contoh terbaik untuk meletakkan anda dalam era hipsterization. Jika lebih rajin, belajar buat kopi. Bukan kopi biasa, tapi kopi ala cafe. Kerja sambilan di starbucks sebagai barista adalah sangat Hispter! Ingat! Jika anda ingin mencari hobi baru, pastikan ia bukan hobi yang kebiasaannya kawan-kawan anda lakukan. Contohnya bolasepak. Lansung tak hipster.

5. Kumpul barang-barang lama

Zaman sekarang, semua orang pakai laptop. Tetapi untuk menjadi seorang hipster, anda perlu ada sebuah typewriter! Tak kisahlah kalau anda guna atau tidak typewriter tersebut. Begitu juga dengan pinggan mangkuk. Lagi lama dan vinntage, lagi bagus. Kalau ada efek karat, itu satu bonus!

 

Dapatkan Hispter kit ini untuk cara mudah menjadi Hipster!

2

how_to_be_a_fully_fledged_hipster_by_rubberyjido-d56szxy 2013-week-41-How-to-look-like-a-hipster-web2

 

 

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply to fatin bella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *