, ,

5 Cerita Yang Melalui Proses Penulisan Yang Mencabar


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Semenjak dua menjak ni, budaya membaca makin popular di Malaysia. Untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini, dijangka ada 2.5 juta pengunjung akan datang untuk memeriahkan Pesta tersebut. Jadi, untuk menaikkan lagi mood membaca kami ingin memberikan senarai buku yang ditulis dengan kekangan yang mencabar sekali. Mungkin boleh masukkan dalam senarai buku wajib baca anda.

Gadsby Cover page111-1428px-Gadsby.djvu1. Gadsby oleh Ernest Vincent Wright

Ini bukan novel The Great Gatsby ya. Ini adalah novel Gadsby yang telah ditulis oleh Ernest Vincent Wright mengenai kehidupan seorang anak muda bernama Gadsby. Apa yang menarik tentang buku ini adalah ianya ditulis tanpa menggunakan huruf ‘e’ langsung. Ini sangat susah untuk dilakukan kerana huruf ‘e’ adalah huruf paling banyak digunakan dalam Bahasa Inggeris! Tahap kesusahan dia sama seperti menulis dalam Bahasa Malaysia tanpa menggunakan huruf ‘a’. Kalau masih tak boleh bayangkan lagi betapa pentingnya huruf ‘e’ dalam Bahasa Inggeris, Wright tak boleh menggunakan apa apa nombor dari 6 hingga 30 kerana semuanya mempunyai huruf ‘e’. Untuk menulis, Wright terpaksa menggunakan pelbagai sinonim untuk menggantikan perkataan dan menggunakan perkataan ‘did’ untuk menggambarkan past tense.

  1. The Diving Bell and The Butterfly oleh Jean-Dominique Bauby

Selagi anda tak dengar tentang kisah Jean-Dominique Bauby, anda tak boleh mengaku yang anda mempunyai hidup yang susah. Bauby adalah seorang editor bagi satu majalah Perancis, Elle. Namun pada tahun 1995,  sewaktu berumur 43 tahun, kehidupannya berubah apabila Bauby terkena serangan strok dan koma selama dua hari. Selepas terjaga, dia lumpuh seluruh badan KECUALI kelopak mata kirinya. Namun begitu, dia tetap bersungguh sungguh untuk menulis kisahnya. Jadi dia mendapatkan seorang penolong yang akan menyebut keseluruhan huruf dan Bauby akan mengelipkan matanya jika ia sampai ke huruf yang diingininya. Inilah yang dinamakan kegigihan yang sebenar. Bauby meninggal dunia pada tahun 1997 tetapi ceritanya masih segar hingga ke hari ini. Buku The Diving Bell and The Butterfly telah diadaptasikan menjadi sebuah filem.

3. Anguish Languish oleh Howard L. Chace

Perkataan dalam Bahasa Inggeris berbeza dengan perkataan Bahasa Malaysia kerana ejaan dalam Bahasa Melayu lebih straight forward dan mudah. (I mean, bologna rhymes with pony? Whuttt). Dengan menggunakan nature ejaan Bahasa Inggeris, Howard L. Chace menulis buku yang memerlukan kita untuk membaca melalui pendengaran. Kalau baca dalam hati, memang separuh dari buku ini tak akan masuk akal.

anguish languish

4. The Young Visiters oleh Daisy Ashford

Buku The Young Visiters mengisahkan tentang Alfred Salteena yang ingin menjadi seorang aristocrat untung memenangi hati seorang gadis yang dijumpainya di dalam kereta api. Tapi apa yang menariknya tentang buku ini? Buku ini ditulis oleh Daisy Ashford semasa berumur 9 tahun! Untuk mengekalkan keasliannya, editor buku ini mengekalkan kesemua kesalahan ejaan dan tatabahasa yang terdapat dalam buku ini termasuklah yang ada di tajuknya.

Buku ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat sehinggakan ia dicetak berkali kali. Buku ini juga disertakan prakata oleh penulis Peter Pan, J.M. Barrie yang meyakinkan pembaca bahawa buku ini memang betul ditulis oleh seorang kanak kanak kerana ramai yang tidak yakin dengan kebenaran tentang cerita ini.

5. Baby Shoes

Baby Shoes adalah cerita pendek yang hanya mempunyai enam patah perkataan sahaja. Ia mempunyai permulaan, pertengahan dan penutup sama seperti cerita lain. Cerita ini telah menginspirasikan lebih banyak lagi cerita enam patah perkataan untuk membuang kepercayaan bahawa bilangan perkataan mempengaruhi kualiti sesuatu cerita.

6words_Hemingway-400x266

Sampai di sini sahaja artikel ini. Diharap senarai ini memberi anda motivasi untuk membaca lebih buku ataupun motivasi untuk menulis cerita yang lebih mencabar. Kalau ada lagi buku yang anda rasa patut dimasukkan ke dalam senarai ini, kongsikannya di bahagian komen.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *