,

4 Sebab Kenapa Pengguna iPhone Sukakan iPhone SE


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pada hari Selasa yang lepas, Apple telah mengadakan #AppleEvent untuk mengumumkan beberapa berita dan produk baru mereka. Apple telah memperkenalkan beberapa produk baru tapi design yang lama seperti iPhone SE dan iPad Pro baru versi kecil dari iPad Pro 12 inci serta tali Apple Watch yang baru. Apple juga melepaskan iOS 9.3, watchOS 2.2, tvOS 9.2 dan OS X 10.11.4. Kami takkan ulas tentang kelebihan dan perbandingan iPhone SE dengan iPhone yang lain, biarlah pakar yang berbicara.

iphone se 2 iphone se 3

Tapi…kami tahu 5 perkara yang pengguna Android tertanya-tanya kenapa semua pengguna iPhone agak excited.

Jom kita usha 4 Sebab Kenapa Pengguna iPhone Sukakan iPhone SE !

1. Kembali ke saiz normal!

Ya, akhirnya Apple akur dengan kehendak penggunanya. Jika dulu sewaktu iPhone 6 dikeluarkan, ramai yang mengeluh saiznya terlalu besar, terutamanya untuk gadis-gadis yang bertangan kecil. Sekarang, tiada lagi keluhan! iPhone SE datang dalam saiz yang sama dengan 5/5s tetapi mempunyai perincian sehebat 6s! Whoaaa.

Yes 1

2. iPhone SE lebih baik dari iPhone 6!

Pengguna iPhone 6 mungkin akan berkecil hati dengan perkara ini, tetapi ianya memang benar bahawa iPhone SE lebih baik dari iPhone 6. iPhone SE dengan spesifikasi mempunyai chip NFC, chip A9 processor dan M9 motion co-processor yang sama sahaja seperti iPhone 6s sekarang dan boleh menggunakan fungsi ‘Hey Siri’. Ya, sama dengan 6s maksudnya lebih bagus dari 6!

scream

3. iPhone SE mempunyai kualiti kamera yang hebat!

Tahuakah anda bahawa kamera iPhone SE dikuasakan dengan 12-megapiksel dan boleh merakam video 4K, Live Photos dab front-facing flash untuk selfie serta Touch ID 2 yang juga sama seperti iPhone 6s sekarang. Woww…kuasa yang sangat hebat untuk iPhone yang kecil!

camera 1

4. Harga iPhone SE mampu milik! (Mungkin)

Apple mengumumkan yang iPhone SE akan datang dalam dua pilihan kapasiti iaitu 16GB dan 64Gb pada harga $399 dan $499. iPhone SE akan mula masuk ke pasaran Malaysia bermula Mei dengan anggaran harga RM1699* dan RM2199*. Okay, dah boleh mula menabung dan pakai iPhone baru!

take my money 1

Ya, jadi itu anda sebab kenapa pengguna iPhone agak excited dengan berita terbaru dari Apple ini! Semuanya memang sangat sempurna untuk mereka yang gemarkan iPhone mereka dalam saiz yang kecil. Pengguna 5 dan 5s pasti paling gembira dengan berita ini!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *