, ,

3 Cara Mudah Memulakan Projek Sosial Anda Sendiri


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Ramai antara kita, bila melihat teman-teman lain yang mula join aktiviti kemasyarakatan terasa juga ingin memulakan projek mereka tersendiri. Betul tak? Ramai yang cuba bertanyakan kepada saya bagaimana nak mula dengan projek mereka sendiri.

Kenapa? Sebab setiap dari kita punya idea yang berbeza. Tak semestinya apa yang saya suka lakukan, orang lain suka lakukan. Jadi, cara terbaik ialah organize projek sosial anda sendiri yang anda sendiri lebih yakin dapat membantu ramai orang yang memerlukan di luar sana.

Mari lihat 3 cara mudah ini:-

  1. Teroka dan ketahui minat anda

Anda tidak perlu merancang sesuatu projek sosial yang besar untuk dilihat gah atau hebat di mata orang lain. Apa yang penting ialah impak sosial yang dapat membantu masyarakat sasaran. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah mencari atau mengetahui minat anda. Seperti yang saya katakan, setiap orang punya minat dan kesukaan yang berbeza-beza. Ada orang suka beri makan pada haiwan jalanan, ada pula yang suka aktiviti lasak, tak lupa juga yang suka memasak atau menjahit. Tidak kira apa juga kesukaan anda, cuba transform minat tersebut ke cara yang dapat membantu masyarakat. Sekarang, boleh fikirkan satu minat tersebut?

IMG_0089       12808_10153457972764465_1327552022373389055_n

  1. Perancangan sebelum memulakan projek sosial anda

Perancangan maksud saya ialah dengan meneliti sebaiknya perkara-perkara yang anda perlu lakukan sebelum menjalankan projek anda. Pertama, pastikan anda hubungi orang yang betul bagi membantu anda mendapatkan info-info penting sebelum anda menjalankan projek tersebut. Contohnya, jika kumpulan anda ingin mengadakan program bersama rumah anak yatim, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah untuk menghubungi rumah tersebut dengan butiran seperti tarikh, masa dan aktiviti. Agak susah jika anda sendiri tidak tahu apa aktiviti yang anda lakukan dan mengharapkan belas ihsan rumah kebajikan tersebut untuk membantu anda merangka program. Oleh itu, menjadi keutamaan paling penting untuk anda atau ahli kumpulan melakukan research sesuai dengan aktiviti yang akan dilakukan.

  1. Fundraising atau Pengumpulan Dana

Tidak semua aktiviti sosial memerlukan dana yang besar atau sesetengah dari mereka yang kreatif mampu menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tanpa perlu mencari dana. Jangan kecilkan pemikiran anda dengan hanya berfikir bahawa fundraising = wang ringgit. Definisi fundraising itu perlu diluaskan bukan hanya tentang wang ringgit. Jika wang ringgit tersebut akan digunakan untuk membeli, contohnya, barangan dapur atau hadiah untuk aktiviti, maka adalah lebih baik dan afdhal, anda mencari mereka yang mahu membantu sumbangan barangan dan hadiah tersebut. Lebih mudah untuk dapatkannya, betul tak?

IMG_8758       10731079_10153457974389465_2244090609233548798_n
Antara aktiviti fundraising saya dan team – aktiviti bersama kanak-kanak sambil ibu bapa menderma dan juga mengumpul baju raya terpakai (instead of mengumpul duit untuk membeli baju raya baru)

Oleh itu, jika lihat semula, perkara penting ialah perancangan. Tanpa perancangan yang betul, aktiviti atau projek anda tidak akan berjalan dengan lancar dan yang paling penting tidak akan mencapai target anda untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ini serba sedikit perkongsian saya dengan anda untuk minggu ini. Banyak lagi tips-tips yang ingin saya kongsikan bersama, nantikan…

Jika anda ada sebarang persoalan atau kemusykilan atau memerlukan sebarang khidmat nasihat, anda boleh emelkan kepada saya, nurainie.volunteering@gmail.com

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *