Raes Dapat Markah Tertinggi Untuk Minggu Kedua Gimme The Mic MY

Foto: Astro - Azrul Rafie

Raes, peserta Gimme The Mic Malaysia berjaya memperoleh kedudukan pertama di minggu kedua menerusi persembahan lagu Writing's on the Wall. Dia juga mendapat standing ovation daripada barisan juri untuk persembahan yang penuh emosi darinya.

Malah, lebih mengujakan Yuna memberikan komen yang dengan kualiti persembahan yang diberikan, dia sudah sedia 'dijual' di bumi Los Angelas. Para juri lain juga memberikan komen yang sangat positif terhadap persembahan Raes.

Untuk minggu kedua Gimme The Mic Malaysia enam peserta yang berjaya merebut kerusi The Six sekaligus menempah kedudukan di minggu ketiga adalah Raes, Junloyd Egano, Bulan Asyraff, Hazreen Amreena, Shazreen Shaharom dan Syamel Amzah.

TikTok Live Gimme The Mic Malaysia merupakan rancangan realiti nyanyian terbaru daripada Astro. Sherry Alhadad dan Sean Lee menjadi gandingan untuk pengacara manakala barisan juri dianggotai oleh Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.

Saksikan TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam. Juga boleh disaksikan menerusi applikasi Astro Go dan sooka.
Post a Comment (0)
Previous Post Next Post