Debaran Gimme The Mic Malaysia, Minggu Kedua Berapa Tersingikir?


Selepas membuat konsert pengenalan minggu lalu, 
TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia bakal menyaksikan pertembungan 20 peserta di minggu kedua.

Konsert pertama yang lalu menyaksikan 10 daripada 30 peserta tersingkir. Keputusan dibuat berdasarkan penilaian empat juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan Bunga Citra Lestari yang merangkumi 70 peratus markah. Manakala baki 30 peratus lagi pula adalah hasil undian di applikasi TikTok dari penonton.

Program pencarian bakat ini memberi peluang kepada penyanyi baharu dan pencipta kandungan muzik dalam media sosial menyerlahkan potensi diri dalam dalam bidang nyanyian.

Menariknya Gimme The Mic Malaysia mempunyai 'The Six'. Ia merupakan enam kerusi khas yang menempatkan peserta dengan kedudukan teratas. Kedudukan tersebut akan sentiasa berubah mengikut markah diberi juri profesional berdasarkan persembahan mereka.

Pada akhir konsert, enam peserta teratas yang ditentukan berdasarkan gabungan markah juri profesional serta undian tertinggi di TikTok LIVE bakal mengisi kerusi mutlak The Six. Ini sekaligus akan memberikan mereka laluan terus ke minggu seterusnya.

Minggu kedua ini kesemua peserta akan menonjolkan keupayaan vokal masing-masing menerusi persembahan bertemakan Siapa Aku.

Berikut adalah senarai lagu bagi persembahan TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia minggu kedua.

  1. Ameerais: Di Amaran Mama By Hazama
  2. Ary Hussin: It’s My Life By Bon Jovi 
  3. Beyla InaraPelita Di Bawah Purnama By Erema
  4. Bulan Asyraff: Ku Akui By Hafiz Suip 
  5. Bunian: Pesan Cinta By Afgan
  6. Chong_han: Darah Muda By Saloma
  7. Danhuangge: Wang Fei By Xiao Jing Teng
  8. Epet: Gerhana By Kembara
  9. Farhan Mustapha: Salam Terakhir By Sudirman Hj Arshad
  10. Hazreen Amreena: Mati Matian By Mahalini
  11. Jelly Belly: Itu Kamu By Estranged
  12. Junlloyd EganoHasrat By Amir Jahari
  13. Mofanora: As It Was By Harry Styles
  14. Oky Danial: Kembali Merindu By Slam
  15. Raes: Writing’s On The Wall By Sam Smith
  16. Rasz: Seksa By Ukays
  17. Rou Rou: Poker Face By Lady Gaga
  18. Shazreen Shaharum: Cinta By Marsha Milan
  19. Syaffiq Sahli: Sekecewa Itu By Angga Candra
  20. Syamel Amzah: Kekasih Bayangan By Cakra Khan
Untuk minggu kedua, masih tidak pasti berapa peserta akan tersingkir. Saksikan TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia di Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam. Juga boleh disaksikan menerusi applikasi Astro Go dan sooka.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post