Yoo Seung Ho disahkan akan membintangi drama akan datang yang bertajuk "Deal".
Pada 27 Oktober, Wavve mengesahkan bahawa Yoo Seung Ho, Kim Dong Hwi, dan Yoo Su Bin telah sah akan membintangi drama terbaharu tersebut.
Berdasarkan webtoon yang memenangi anugerah dengan nama yang sama, "Deal" mengisahkan tentang tiga bekas rakan sekelas sekolah menengah berusia dua puluhan yang berkumpul untuk minum buat kali pertama selepas sekian lama tidak berjumpa. Selepas dua daripada mereka berpura-pura untuk menculik yang lain, berlaku perkara yang tidak dijangka, dan komplikasi seterusnya membawa mereka bertiga ke laluan yang gelap dan bergelora.
Yoo Seung Ho akan berlakon sebagai Lee Joon Sung, yang merupakan bintang bola sepak semasa zaman sekolah menengahnya, tetapi impiannya telah musnah. Selepas kehilangan arah buat seketika, dia akhirnya memutuskan untuk bangkit kembali—tetapi ketika dia sedang bersiap untuk membuat permulaan baharu, dia terperangkap dalam kes penculikan yang tidak disengajakan.
Kim Dong Hwi akan membawa watak sebagai Song Jae Hyo, seorang pelajar perubatan yang menjadi pencetus kejadian penculikan. Untuk mengelakkan krisis dalam kehidupannya yang stabil sebagai pelajar perubatan, Song Jae Hyo secara impulsif memutuskan untuk memalsukan penculikan.
Yoo Su Bin akan melakonkan watak Park Min Woo, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kaya. Walaupun dia menjadi mangsa penculikan palsu itu, dia menambah ketegangan cerita dengan sentiasa memaksa rakan sekelasnya mengubah rancangan mereka berulang kali.
Wavve mengulas, “drama asal baru wavve ‘Deal’ akan dipimpin oleh Yoo Seung Ho, yang akan disertai oleh Kim Dong Hwi dan Yoo Su Bin, dan [pelakon veteran] muda ini akan mempamerkan kemahiran lakonan dan warna unik mereka."
"Deal" bakal dijadualkan untuk memulakan penggambaran sebelum akhir tahun ini.