Red Velvet Akan Buat Kemunculan Kembali Pada November

Red Velvet dilaporkan akan membuat kemunculan semula mereka pada penghujung November nanti.


Menurut laporan eksklusif dari Star News, Red Velvet kini sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula mereka dengan rancangan untuk mengeluarkan album mereka pada penghujung November. 

Mereka masih mengusahakan album itu juga membincangkan pelbagai faktor seperti masa dan konsep tertentu serta memilih lagu tajuk dan b-sides.

Ini menandakan kemunculan semula Red Velvet lapan bulan selepas pelancaran album mini kelima mereka The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm, yang dikeluarkan pada Mac 2022. 

Namun SM Entertainment masih belum mengesahkan laporan Star News itu.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post