Rangkaian televisyen Amerika NBC telah mengumumkan bahawa penyanyi dan penulis lagu Ireland, Niall Horan bakal menyertai rancangan The Voice US sebagai jurulatih untuk musim baharu pada musim bunga.
Bintang tersebut bakal mencungkil bakat baharu dan berkongsi pengalamannya bersama rakan jurulatih Kelly Clarkson, Blake Shelton dan Chance the Rapper.
Horan, Clarkson dan Chance the Rapper mengambil alih tugas jurulatih daripada John Legend, Gwen Stefani dan Camila Cabello di kerusi merah yang terkenal itu. Musim baharu akan menjadi musim terakhir bagi Shelton dalam rancangan itu selepas 12 tahun bersama.
Mengulas mengenai tugas baharunya, Horan kegemaran One Direction berkata: "Saya teruja untuk menyertai musim The Voice ini sebagai jurulatih. Saya tidak sabar untuk bertemu dan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan bakat baharu sementara kami bertarung dengan pasukan lain."
Ini bukan kali pertama ahli One Direction menjadi panel pertandingan nyanyian. Louis kembali ke Ibu Pejabat X Factor sebagai hakim pada 2018; lapan tahun selepas mencipta fenenoma dalam dunia muzik.