Pada 4 Oktober, Disney+ mengumumkan tajuk terbaru drama Korea The Worst of Evil, yang akan dibintangi Ji Chang-wook (If You Wish Upon Me), Lim Se-mi (True Beauty) dan Wi Ha-joon (Squid Game, Little Women). Siri ini akan sedia untuk distrim secara eksklusif di platform tersebut pada tahun 2023.
Ji membawa watak sebagai ketua pegawai siri Kang Joon-mo, yang merupakan sebahagian daripada penyiasatan. Dia disertai oleh Yoo Eui-jung (lakonan Lim), seorang pegawai narkotik. Sementara itu, Wi bakal memainkan watak Jung Ki-cheol, ketua kumpulan jenayah. The Worst of Evil akan diarahkan oleh pengarah Han Dong-wook, yang pernah menggarap filem seperti Man In Love (2014) dan The Unjust (2010).
Tak sabar nak tonton!