RESPONSIVE LEADERBOARD AD AREA
Lifestyle

5 aktiviti yang boleh anda lakukan di kafe kopi

(Kali ini, kita lari sebentar daripada siri aesthatic dan melangkah sebentar ke dunia yang penuh aroma yang menyegarkan)

Kafe kopi tumbuh bak cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini. Dengan reka bentuk dalaman yang menarik dan unik serta ‘cozy’ menggamit pengunjung untuk masuk dan hanyut di dalam ketenangan diiringi aroma kopi yang mewangi. Kafe yang dimaksudkan di sini ialah kedai kopi moden yang juga digelar sebagai kafe hipster.

Jika anda belum pernah ke kafe hipster sebelum ini, anda patut mula kenakan skinny jeans dan sarungkan boat shoes anda dan terus melangkah masuk ke mana-mana kafe hipster berhampiran. Jika anda berseorangan dan satu-satunya aktiviti yang anda tahu untuk dibuat di kafe hipster ialah menghadap Macbook anda atau terbongkok-bongkok membelek iphone 6, kami hanya mampu berkata ‘Boooriing’. Nah, di sini kami cadangkan 5 aktiviti yang lebih fun untuk anda buat di kafe hipster.

1. Colouring

Hilangkan muka hairan anda dan baca ini betul-betul: Colouring is the ‘in’ thing now! Pelbagai buku mewarna untuk golongan dewasa sudah banyak diterbitkan serta dijual di toko-toko buku popular di seluruh Malaysia. Aktiviti ini sudah mula popular di kalangan belia sekitar tahun 2015. Anda boleh menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti ini seiring dengan suasana kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh kafe hipster. Jangan risau, selalunya pengunjung kafe hipster adalah manusia yang cool serta tidak akan memandang pelik aktiviti anda.

Jika anda rasa buku mewarna untuk golongan dewasa agak mahal, (dan kami agak setuju, memang mahal) anda boleh cetak sendiri template mewarna yang berlambak di internet. Ataupun, pinjam kejap buku mewarna ABC adik anda. Kejap je.

2. Menulis/Melakar

Kami dapat melihat trend memiliki buku nota kecil moleskin yang cantik. Kami tidak pasti apa yang mereka buat dengan buku nota itu tapi memberi idea nombor dua untuk aktiviti di kafe hipster iaitu menulis atau melakar lukisan.

Seperti colouring juga, suasana kafe yang mendamaikan serta mendorong kreativiti pengunjung pasti dapat membantu dalam aktiviti ini. Untuk menulis, anda boleh menulis sajak, cerpen, quote, jurnal atau tulis apa-apa💥 sahaja yang random. Manakala untuk melukis pula, mungkin anda boleh melukis doodle, pelan rekaan dalaman rumah idaman atau contengan. Semua ini pasti menarik untuk dibuat ke atas sebuah moleskin notebook yang cantik.
Pasti sudah lama anda tidak bermain dengan pen dan kertas bukan?

3. Membaca

Membaca dan mengantuk seperti ada satu kaitan misteri yang tidak dapat dirungkaikan lagi. Mungkin ini terjadi apabila kita sering disogokkan dengan idea bahawa membaca buku adalah untuk peperiksaan. Itulah kesilapan agung yang ditanam sejak kita sekolah!

Tapi cuba anda mula membaca novel dengan cerita dan penceritaan menarik. Pasti membuat anda terpaku menyelak helaian demi helaian dengan ghairahnya. Kenapa pula perlu dilakukan di kafe hipster? Pastilah juga kerana suasananya yang tidak begitu bising dan juga mendamaikan. Pasti membuat anda kelihatan classy membaca di kafe seorang diri. Silap haribulan mungkin ditegur seseorang!

4. Menyelesaikan silangkata/sudoku/masalah matematik mudah

Di sini kami mengambil konsep Yin dan Yang. Seperti telah diberitahu sebelum ini, suasana di kebanyakan kafe hipster adalah sangat cozy dan mendamaikan. Untuk sesetengah orang, mungkin inilah tempatnya untuk mereka mencabar minda mereka dengan aktiviti yang langsung tidak mendamaikan otak seperti menyelesaikan masalah matematik!

Anda boleh cuba aktiviti seperti menyelesaikan silang kata atau sudoku yang pasti menyeimbangakn pemikiran dan suasana persekitaran.

5. Minum kopi

Kalau sudah berada di kafe yang menu utamanya adalah kopi, nikmati kopi lah apa lagi? Tetapi kali ini, mungkin anda boleh cuba minum kopi dengan serius lagak seperti pakar kopi. Anda boleh cuba kopi yang berlainan dan catat apa yang anda rasa juga komen dan juga rating. Catatkannya di moleskin notebook anda di muka surat sebelah sajak yang anda tulis di point kedua tadi.

Silap haribulan, anda boleh menyertai Ehgosheep di kolum Food and Travel!

Kredit foto- lidahterbang.com, instagram user @adib_shh (with permission)

 

RESPONSIVE LEADERBOARD AD AREA
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular

RESPONSIVE LEADERBOARD AD AREA
To Top
%d bloggers like this: