, ,

10 kumpulan K-Pop yang nyaris debut dengan nama lain


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pernahkah anda terfikir bagaimana kumpulan Kpop kegemaran anda mendapat nama? Sebelum debut, selalunya setiap kumpulan Kpop akan bertukar-tukar nama sehingga mendapatkan nama yang sedap dan bersesuaian dengan mereka. Ada yang pre-debut dengan nama yang menarik. Tidak ketinggalan juga ada nama yang kelakar. Jom kita lihat nama-nama kumpulan terkenal sebelum mereka debut.

btob2-740x357

BTOB
BTOB bukanlah nama kumpulan mereka dari mula. Mereka telah melalui beberapa fasa pertukaran nama dari awal mereka ditubuhkan. Nama yang pernah mengiringi kumpulan ini antaranya ialah “Arirang,” “Asian King,” “Sonic,” dan juga “74”

infinite

INFINITE
CEO kumpulan Infinite telah memberikan beberapa siri nama buat mereka. Antaranya termasuk “Blackberry,” “Icons,” “Supersonic,” “The Big Dipper,” dan “I-Pop.” Namun ahli kumpulan Infinite agak risau kerana mereka tidak berapa suka dengan semua pilihan tersebut. Mereka bernasib baik kerana akhirnya CEO mereka menemukan nama “Infinite” beberapa hari sebelum mereka debut.

oh-my-girl_1449805256_af_org

OH MY GIRL
Sebelum debut, kumpulan Oh My Girl diberikan peluang untuk memberikan idea tentang nama kumpulan mereka. Nama yang keluar antaranya “Puzzle,” “Marshmallow,” dan “Nameless Girls.” Mereka akhirnya bersetuju dengan nama “My Girl” sebagai nama mereka tetapi kemudian menjadi “Oh My Girl” kerana dirasakan lebih comel.

vixx

VIXX
Dalam satu temuramah, N dari kumpulan VIXX mendedahkan yang kumpulan mereka hampir debut dengan nama “J-Dice” dan “Bluefish.” Menurutnya, “Saya lega kerana kami tidak debut dengan nama Bluefish.”

tvxq

TVXQ
Nasib baik kumpulan ini debut dengan nama TVXQ kerana pada mulanya mereka diberikan nama “The Five Visceras” yang merujuk kepada lima organ dalaman manusia. Selain nama tersebut, nama pre-debut mereka ialah “Whale That Eats Legends”. Nyata kreatif tapi pelik.

lovelyz

LOVELYZ
Nama pre-debut Lovelyz adalah “Radiance”. Info ini boleh dibaca di laman Wikipedia Woolim Entertainment pada tahun 2012.

beast_2012

BEAST
Kumpulan ini hampir debut dengan beberapa nama yang ada kena mengena dengan perkara yang berlaku dalam dunia. Contohnya, “300″ menjadi pilihan ketika filem 300 sedang popular. Selain itu, nama “6-Con” juga dicadangkan sempena 6 orang ikon dalam kumpulan ini. Nama seperti “Genghis Khan” dan “Gold, Silver, Bronze Eagle” juga dipertimbangkan untuk mereka.

ze a_03

ZE:A
ZE:A bermaksud “Children of the Empire” tetapi kumpulan ini hampir debut dengan nama yang agak biasa termasuk “V9″ (yang bermaksud Visual 9), “Web,” and “Vampire.”

bts

BTS
Apabila ditanya nama pre-debut mereka, BTS mendedahkan yang mereka hampir debut dengan nama “Young Nation” dan “Big Kids”.

sistar

SISTAR
SISTAR hampir debut dengan nama yang mengarut dan terlampau panjang iaitu “Diridiri Daradara Duruduru Bop”. Syarikat rakaman mereka akhirnya merasakan nama tersebut mungkin akan membuatkan peminat sukar mengenali mereka.

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by DeeraNamzar

Hidup ini indah. Senyum. Instagram & Twitter : @areedrazman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *