,

11 fakta tentang birthday boy Manuel Neuer !!


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Seberapa kenalkah anda dengan penjaga gol yang terkenal ini? Berikut ini adalah rangkuman 11 fakta tentang Manuel Neuer yang ingin dikongsi umum.

Happy Birthday Manuel Neuer yg ke 31 (Gelsenkirchen, West Germany 27 March 1986)

1.Neuer menjalani perlawanan kompetitif kali pertama semasa dirinya masih berusia 4 tahun dan 341 hari. Saat itu dirinya didaftarkan dalam program ‘Babini’ di kelab Schalke 04.Dia menghabiskan masa lapang bermain bersama abangnya iaitu Marcel Neuer.

2.Selain kecintaannya terhadap bola sepak, Manuel Neuer juga meminati dunia Tennis. Hobi tersebut berterusan sehingga usianya mencecah 14 tahun. Idolanya adalah juara 3 kali Wimbledon, Boris Becker.Jenama barangan sukan kegemarannya adalah Adidas.

3.Bukan Oliver Kahn mahupun Gianluigi Buffon, penjaga gol idola Neuer adalah legenda Arsenal, Jens Lehmann. Ia bahkan menganggap Jens Lehmann sebagai penjaga gawang terbaik dunia.

4.Kejayaan beliau selaku pemakai jersi nombor 1 Jerman ternyata tidak lepas dari dua tragedi. Pada tahun 2009, di saat Jerman sudah memastikan layak ke Piala Dunia 2010, Manuel Neuer hanyalah penjaga gol pilihan ketiga jerman, dibelakang Robert Enke dan Rene Adler. Namun secara tak diduga Enke memutuskan untuk menggantungkan sarung tangan, sedangkan Adler mendapat kecederaan tulang rusuk, beberapa hari menjelang Piala Dunia 2010.

5.Hampir sama seperti kisah sebelumnya, Manuel Neuer berhasil mendapatkan posisi utama di pasukan utama Schalke 04 setelah Frank Rost cedera. Pada perlawanan debutnya, Neuer berjaya mencatatkan clean sheet.

6.Di saat memutuskan untuk meninggalkan Schalke 04 menuju Bayern Munich pada tahun 2011, Neuer dilabel sebagai pengkhianat oleh fans The Royal Blue. Bukan hanya fans Schalke saja, kehadiran Neuer di Allianz Arena ternyata mendapat reaksi negatif dari sebahagian fans Bayern Munich.

7.Para peminat Bayern yang menolak kehadiran Neuer seperti hidup dengan menanggung malu setiap kali hadir ke stadium. Hal itu kerana penjaga gol yang dikurniakan bakat semula jadi ini berhasil memecahkan rekod clean sheet  lagenda  Bayern, Oliver Kahn. Beberapa minggu setelah bersama dengan Bayern, Neuer berjaya mencatatkan clean sheet lebih dari 1000 minit.

8.Selain daripada pemain bola sepak profesional, Manuel Neuer juga terkenal sebagai seorang yang gemar melakukan kegiatan amal. Bahkan Neuer mendirikan oraganisasi  sendiri yang diberi nama Manuel Neuer Kids Foundation. Organisasi tersebut mempunyai misi untuk memberikan kehidupan normal bagi anak-anak miskin di daerah Ruhr, Jerman.

9.Penjaga gol pasukan kebangsaan Jerman ini merupakan penggemar tegar masakan Itali. Untuk muzik, Neuer menjadikan band Inggeris dari Ireland, U2 sebagai band kegemarannya. Seorang peminat kereta yang hanya memandu kereta mini Volkswagen Golf GTI.

10.Manuel Neuer memiliki abang lelaki bernama Marcel yang memilih profesion sebagai pengadil di liga bawahan Jerman -Verbandsliga.

11.Untuk pertama kali di sepanjang kariernya, Manuel Neuer berjaya menempatkan diri di kalangan 3 calon pemain terbaik Ballon d’Or. Sememangnya dirinya berhak dan layak oleh kerana persembahan serta kualiti yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia juga memegang gelaran sebagai (The Giant German) penjaga gawang terbaik dunia untuk saat ini.

 

Sumber : Bola.net

 

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *