, ,

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Nampaknya walaupun Star Wars: The Force Awakens menjadi perbualan hangat pada bulan ini kerana ramai peminat yang tidak sabar menontonnya, begitu juga dengan filem hindustan Diwale ini. Yelah siapa yang boleh tolak untuk menonton filem hindustan apatah lagi bila hero dan heroinnya Shah Rukh Khan dan Kajol.

Sudah lama kita tidak menonton filem hindustan yang menjadikan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai hero dan heroinnya. Mereka juga tidak amat popular ketika digandingkan bersama dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge. Kami malas nak tulis panjang ni, nanti korang bosan jadi jom kita layan 10 sebab kenapa korag patut tengok filem diwale ni.

1.Shah Rukh Khan dan Kajol

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 2

Jadi siapa yang boleh menolak untuk tidak menonton filem yang pelakonnya Shah Rukh Khan dan Kajol kan. Bila dorang berlakon berdua ni seperti ada magic yang menyebabkan orang terpegun dan terpesona dengan lakonan mereka ni.

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 1

Setelah berlakon dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge, Raj dan Simran lakonan SRK dan Kajol menjadi satu simbolik cinta romantik kerana mereka terlalu serasi bila berlakon bersama, mereka pernah digandingkan sekali lagi dalam filem “My Name Is Khan” 5 tahun lepas.

2. Varun Dhawan dan Kriti Sanon

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 4

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 3

Varun membawa watak Veer adik kepada Raj dan Kriti Sanon membawa watak Ishita iaitu adik kepada Meera. Selain chemistry diantara SRK dan Kajol, mereka berdua ni juga amatlah serasi dalam lakonan mereka sebagai pasangan kekasih dalam filem Diwale ni, dan lakonan mereka tidak tenggelamkan watak utama dan pada kami mereka mungkin boleh mengantikan SRK dan Kajol di masa hadapan

3. Gerua

Lagu Gerua ini telah menjadi perbualan hangat mereka di social media disebabkan lagu dan juga lokasi-lokasi pengambaran untuk lagu ini. Pada mulanya kami ingatkan semua video sepanjang lagu Gerua ini dimainkan hanya CGI tapi bila kami lihat BTS untuk lagu ini, rupanya mereka membuat pengambaran di semua lokasi tersebut dan bukannya teknik CGI seperti yang kami fikirkan

4. Lokasi Pengambaran

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 5

Selalunya bila kita lihat filem hidustan, most of the scene dan lokasi pengambaran dilakonkan di India dan hanya sedikit saja scene dan pengambaran di luar negara. Tapi untuk filem Dilwale ini boleh dikatakan almost 90% scene dan lokasi pengambaran di luar dari India, dan most of the time dekat Iceland dan Bulgaria.

5. Storyline

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 7 10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 8

Dari sedih, lawak, aksi, romantik semua cukup untuk filem Diwale kali ni, ada sedikit babak yang seakan-akan filem Fast and Furious, babak gaduh, tembak-tembak, kereta terbang, romantik, nyanyi, nyanyi dan nyanyi memang cukup lah untuk korang yang menonton filem ini dan juga ada plot twist, kalau nak tau apa korang kena pegi tengok

 

6. Boman Irani, Varun Sharma, and Johnny Lever

Boman Irani, Varun Sharma, and Johnny Lever

Kewujudan mereka bertiga ini juga salah satu sebab korang akan tengok filem Diwale ni gak, sebab fungsi mereka dalam filem ini dalah untuk membuat korang gelak dengan kebodohan mereka. Lagipun siapa tak kenal dengan Johnny Lever yang bila berlakon je kompem korang akan gelak dengan telatahnya

 

7. Bromance

Boman Irani, Varun Sharma, and Johnny Lever 12

Kisah ikatan keluarga yang erat antara Raj dan Veer yang sangat menyentuh hati, seperti mereka memang adik beradik sebab kita boleh rasa feel adik-beradik antara dorang ni, and the ikatan persahabatan yang mana sudah 15 tahun pun hubungan itu masih lagi kukuh.

 

8. Kereta, Kereta dan Kereta

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 9

Kalau korang tengok kereta yang digunakan dalam filem ini semua kereta-kereta yang mahal dan kereta modified. Mungkin ini kerana watak Raj dan Veer sebagai mekanik kereta dan modified kereta. Terpukau dengan kereta yang digunakan oleh SRK dalam filem ini.

 

9. Kajol Jadi Gangster?

Boman Irani, Varun Sharma, and Johnny Lever 10

Mesti korang terkejut kan, korang tak pernah tengok Kajol jadi gangster dalam mana-mana filem yang dia berlakon kan? So ini menjadi satu sebab kenapa korang kena tengok Diwale dan fikirkan sendiri macam mana dia boleh jadi gangster. Kami taknak bagitau kenapa so korang kena pegi tengok sendiri filem Diwale ini okay!

 

10. Semua orang boleh tengok

10 Sebab Kenapa Korang Patut Tengok Filem Diwale 6

Yer, ni filem keluarga bukan sekadar filem untuk makwe pakwe tapi sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga sebab jalan cerita dia bukan sekali scene romantik ada juga yang melibatkan ikatan keluarga dan semua golongan umur.

 

11. Kajol, Kajol dan Kajol

Boman Irani, Varun Sharma, and Johnny Lever 11

Kajol cantik! Dan tu jek kami boleh cakap bila kami tengok Kajol dalam filem Diwale ni.

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Shepherd

Penjaga Kambing yang suka bergosheep.
90% Sheep & 10% Shepherd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *