,

10 Perkara Orang Buat bila berhenti di Traffic Light


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Untuk anda yang memandu atau sekurang-kurangnya pernah menaiki kenderaan, mesti pernah berhenti di traffic light -lampu merah bukan? Lampu merah pula kadang ambil masa yang agak lama. Tambah stress bila lampu merahnya 15 tahun tapi bila hijau 2 saat sahaja. Dapatlah 2-3 kereta yang lepas.

Dalam pada menghabiskan masa kat traffic light itu, mesti ada benda yang kita buat kan? Jom kita usha apa 10 Perkara Orang Buat bila berhenti di Traffic Light.

1. Korek hidung
censored
Jangan nak tipu. Mesti korang pernah buat kan? Atau pun ternampak orang kereta sebelah kemain syok mengali lombong emas kepunyaan dia.

2. Judge kehidupan kereta sebelah
judging
Lampu merah, kerete diberhenti perlahan, pandang kereta sebelah lalu kita pon judge kehidupan dia. Kereta kotor, mesti sibuk sangat sampai tak sempat nak hantar cuci. Muda tapi pakai kereta mewah, ah ini mesti anak ikan datin dan macam-macam lagi bentuk judgement.

3. Scroll instagram
Insta10
Masa ginilah sesuai nak belanja double tap kan? Scroll instagram usha berapa banyak gambar selfie atau gambar #deep yang orang upload hari ni.

4. Belek muka sendiri
self
Seharian sibuk sangat, bila berhenti ni lah ada masa sekejap nak belek muka. Ada jerawat baru ke, bulu hidung terkeluar ke, rambut okay ke tak, tudung senget ke tak. Masa ini lah baru nak belek. Masa ini juga anda bercakap dengan diri sendiri menyakinkan yang anda memang kacak/cantik.

5. Betulkan make up
makeup2
Para gadis biasanya tak bazirkan masa yang ada. Berhenti lampu merah terus dia ambil blusher touch up muka, bubuh eyeliner lagi sikit. Mestilah nak nampak menawan walaupon memang taknak pergi mana-mana dah kan.

6. Balas whatsapp / text kawan-kawan
texting
Sebagai pemandu yang berdedikasi dan bertamadun tak texting masa memandu, masa berhenti di lampu merah ni lah baru korang sempat nak balas whatsapp kengkawan kan.

7. Tweet!
tweet 1
‘Lama pulak lampu merah ni…” atau mungkin “Eh hensem juga mamat kereta sebelah ni”…

8. Bersedia untuk kengkonon berlumba dengan kereta yang ada.
giphy (4)
Pernah tak macam ni? Berangan konon korang dalam garis permulaan formula 1 dan berangan nak berlumba dengan kereta lain yang ada.

9. Cubaan usha makwe sebelah
flirt 3
Golongan yang opportunist mestilah takkan melepaskan peluang ini. Dia akan usha mana-mana bakal atau potensi jodoh yang dia ada, kot-kotlah ada yang berkenankan.

10. Cubaan bersihkan kereta
sorry 1
Sebagai manusia yang bekerjaya, kadang tak sempat nak bersihkan kereta. Penuh dengan tisu lah, resit parking lah, sampah lain-lain lagi, jadi masa ini jek lah yang ada untuk bersihkan kereta sikit-sikit. Atau sekurangnya lap-lap dashboard sambil mintak maaf pada kereta sebab menjadi tuan yang busy.

Jadi apa yang korang buat bila berhenti di Traffic Light? Kongsikan dengan kami di @ehgosheep!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *