, ,

10 Pengajaran yang kita patut ambil selepas menonton filem hantu


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Manusia perlukan hiburan bukan? Dan antara hiburan yang manusia gemar adalah menonton filem. Filem seram adalah antara genre filem yang dimininati oleh penonton-penonton. Lihat saja berapa banyak filem seram yang mengungguli carta filem tempatan mahupon luar biasa. Dari kisah hantu asrama, rumah tinggal mahupon anak patung, penonton memang gemar menguji tahap ketakutan diri sendiri.

Ghost 1

Selepas menonton sesuatu filem, bak kata orang tua, kita mestilah ambil pengajaran dan jadikan teladan bukan? Jadi, sepanjang menonton filem seram atau filem hantu, ini adalah antara 10 Pengajaran yang kita patut ambil selepas menonton filem hantu.

Jom!

1. Kalau terkunci dalam bangunan atau rumah tinggal, jangan mengada-ngada pergi explore bilik pelik-pelik.

Seriously? Ini bukan masa yang sesuai untuk kau keluarkan sifat ingin tahu kau tu. Duduk diam-diam je di tempat kau, sebab di bilik pelik-pelik itulah yang akan menamatkan hidup kau nanti.

Haunted room
 
2. Kalau jumpa bilik, yang pintunya terbuka sikit, jangan masuk!

Yes, sekali lagi, simpan je sifat ingin tahu kau tu. Dengar bunyi pintu terbuka, tak payah nak usha tengok. Tak, tak ada siapa dalam tu! Dalam tu cuma ada hantu!

door open
 
3. Kalau dengar bunyi pelik-pelik, jangan pergi ke arah bunyi tu.

Apa kau perlu buat lepas dengar bunyi pelik adalah lari ke arah bertentangan. Bukannya makin pergi ke arah bunyi tu dan cuba tengok apa yang terjadi. Itu semua perangkap okay. Takkan tak tahu lagi.

hear
 
4. Kalau anda menghadapi situasi seram bersama sekumpulan kawan atau keluarga, jangan berpecah!

Yup, walaupon kawan kau kata “kita perlu berpecah untuk cari lampu”, nope, jangan! Inilah masanya nak jadi kawan atau ahli keluarga yang overly attached. Tak perlu nak berpecah dan check setiap bilik, sebab kat situlah nanti tiba-tiba kau mendengar jeritan.

friend 1
 
5. Jangan menyorok dalam almari!

Banyak-banyak tempat, kenapa mesti menyorok dalam almari? Kat situlah hantu biasa ada! Come on, kau mestilah lagi bijak dari hantu. Jangan terperangkap dengan jerat mereka bila kau dengar bunyi pelik lalu terus menyorok dalam almari.

Closet
 
6. Kalau dengar bunyi pelik bawah katil, atau nampak bayang, jangan tengok!

Ingat tak berapa banyak dah babak dalam filem hantu tentang perkara ni? Tiap kali bila dengar bunyi pelik bawah katil, atau nampak bayang, kita tengok bawah katil, eh tak ada apa-apa. Tapi bila tengok atas atau depan balik, bammm! Terpampang muka dia sebesar alam.

Ghost 2
 
7. Benda paling comel atau cantik adalah benda paling mengerikan.

Jangan mudah percaya sangat dengan benda-benda comel dan orang cantik-cantik yang nampak pelik ni, sebab merekalah sebenarnya dalang sebenar! Merekalah punca semua ini!

Scary 1
 
8. Dengar cakap kanak-kanak.

Orang tua selalu cakap kan, budak mana pandai menipu. Yes, sila percaya bila dia cakap dia dengar bunyi pelik. Percaya bila dia cakap ada makcik/kakak yang menakutkan dalam bilik dia. Jangan pertikaikan apa yang dia nampak.

kid
 
9. Kalau rumah besar tapi harga murah, jangan beli atau pindah sana!

Seriously? Tak pelik ke kalau rumah tu besar, tapi murah? Come on, mestilah sebab rumah tu berhantu. Itu semua teknik ejen hartanah tu nak lariskan rumah yang tak laris tu. Jangan sesekali beli kalau sebelah rumah tu ada pokok besar. Obvious sangat dah tu petanda rumah tu berhantu.

haunted house
 
10. Akhir sekali, tak perlu susah payah lari sana-sini, kunci pintu sebab hantu kan boleh berada dimana-mana. 😉

Ya, lari dalam bilik dan kunci pintu tak mampu selesaikan masalah kau. Hantu boleh tembus dindinglah. Jadi apa maknanya kunci pintu? Apatah lagi menyorok dalam kereta, sah-sahlah kereta kau tu tak tinted. Kalau tinted pon dia masih dapat cari. Wuhuhuhu.

running 2
 
Ya, itu antara 10 Pengajaran yang kita patut ambil selepas menonton filem hantu. Yup, sila ambil perhatian dan belajar ye. Jangan bazirkan duit menonton filem tanpa belajar apa-apa. Okay, sekarang jangan sesekali pandang belakang. buat bunyi hantu

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *