, , ,

10 Koleksi Raya Yang Anda Patut Usha Untuk Syawal Tahun Ini


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Diam tak diam, sekejap sahaja Ramadhan akan menjelang kan? Rasanya macam baru saja habiskan masa dengan family di meja makan untuk berbuka puasa tahun lepas. Pantas betul masa berlalu. 30 hari Ramdhan dan insya-Allah Syawal pula akan menjelma. Ini mungkin masa yang sesuai untuk anda yang sudah mahu mulakan persiapan raya. Orang kata, elok bermula awal supaya tak terasa sangat duit mengalir kan?

Bila sentuh bab persiapan raya, kaum wanita lah mesti paling excited kan? Sudahkah anda tetapkan tema warna untuk raya tahun ni? Tak sabar nak pilih baju raya. Untuk anda yang memilih untuk beli baju siap sahaja, mesti pening kepala sebab banyak betul pilihan yang ada. Jadi mari kami bantu anda.

Jom kita usha 10 Koleksi Raya yang anda patut usha untuk Syawal tahun ini !

1.LosraVelda

Bermula dengan harga RM189 (harga pre-order) anda boleh mendapat baju raya yang cantik dan tampak begitu anggun! Tempahan boleh dibuat di www.losravelda.com

LosraVelda 3 LosraVelda 2 LosraVelda 1

 

2.Emel by Melinda Looi

Jika anda mahukan citarasa selebriti, mungkin boleh dapatkan koleksi Emel by Melinda Looi untuk raya kali ini. Kerjsama Melinda Looi dengan Celepets memang sungguh menawan. Boleh lihat koleksi mereka di www.emelbymelindalooi.com

emelbymelindalooi 2 emelbymelindalooi 3 emelbymelindalooi 4

 

3.Elle Zada x SamSyatilla

Jika anda mahukan baju raya sedondon dengan pasangan anda, boleh dapatkan koleksi raya Elle Zada x SamSyatilla. Mungkin boleh jadi semanis mereka berdua di hari raya nanti? Koleksi mereka boleh dilihat di www.ellezada.com/SamSyatilla

Elle Zada x SamSyatilla 2 Elle Zada x SamSyatilla 1 Elle Zada x SamSyatilla 3

 

4. Minaz Boutique

Para ibu yang nak tampil cantik sedondon dengan si manja anda, bolehlah jenguk koleksi Blooming Raya dari Minaz Boutique. Ada tujuh siri baju yang memang tak boleh diabaikan. Boleh buat tempahan awal di www.minaz.com.my !

Minaz 1 Minaz 2 Minaz 3

 

6. LeeyanaRahman 

Kalau anda mahukan gaya Mira Filzah atau seakan dengannya, mungkin anda patut lihat koleksi raya dari LeeyanaRahman. Memang memukau pandangan dan sungguh anggun! Nak lihat lebih di Facebook Leeyana Rahman!

Leeyanarahman.co 1 Leeyanarahman.co 2 Leeyanarahman.co 3

 

7. Rina Salleh Clothing

Bermula dengan harga RM199, anda boleh mengayakan koleksi yang bagi kami kena dengan citarasa 2016. Jika anda lihat di www.rinasalleh.com, koleksi raya dari Rina Salleh ini memang lembut di mata. Pilihan warna yang lembut dan menarik memang sesuai untuk anda yang tak mahu kelihatan terlalu menonjol di hari lebaran.

Rina Salleh Clothing 1 Rina Salleh Clothing 3 Rina Salleh Clothing 4

 

8. His & Her by Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Seperti koleksi Elle Zada x SamSyatilla, koleksi raya dari pasangan suami isteri, Hanis Zalikha & Hairul Azreen ini memang sesuai untuk pasangan yang mahukan gaya sedondon di hari raya. Bermula dengan harga RM200, anda boleh lihat di Facebook His & Her by Hanis Zalikha & Hairul Azreen.

His & Her by Hanis Zalikha & Hairul Azreen 1 His & Her by Hanis Zalikha & Hairul Azreen 2 His & Her by Hanis Zalikha & Hairul Azreen 4

 

9. Nurita Harith

Sungguh, koleksi nh by Nurita Harith ‘Zahariah’ memang sungguh mempersonakan. Eksklusif hanya di fashionvalet.com, Nurita Harith memang tidak pernah gagal memadankan citarasa ‘klasik’ dan juga ‘mewah’ dalam satu busana yang sama.

Nurita Harith 1 Nurita Harith 2 Nurita Harith 3

 

10. Mimpi Kita

Satu lagi jenama yang memang terkenal dengan rekaan yang minimalis dan mewah. Koleksi raya dari Mimpi Kita untuk 2016 ini memang tampak begitu bergaya. Sesuai dengan gadis-gadis urban yang mahu memukau pandangan keluarga atau rakan.

Mimpi Kita 1 Mimpi Kita 2 Mimpi Kita 3

 

Jadi itu antara 10 koleksi raya yang anda boleh dapatkan sekarang. Ingat, jangan tunggu last minute barulah nak tercari-cari baju yang sesuai. Mulakan awal supaya tidak panik di kemudian hari!

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *