,

10 jenis tweet yang selalu muncul di TL Twitter


Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Salah satu social media yang paling in zaman sekarang mestilah Twitter kan? Makin ramai yang menyedari keseronokkan tweet-tweet seharian di Twitter. Tahukah anda pada tahun 2014 sahaja, Malaysia mempunyai lebih dari 3.5 juta pengguna Twitter. Hebat kan? Memang jelas rakyat Malaysia suka habiskan masa di laman sosial.

Untuk yang selalu habiskan masa di Twitter, mesti korang dah tau apa je jenis tweet yang selalu muncul di TL korang kan? Untuk yang taktau, jom kita tengok 10 jenis tweet yang selalu muncul di TL Twitter anda.

1. Tweet lapar
Percaya atau tidak, memang ramai yang suka mengadu atau meratapi perasaan lapar di twitter. Mungkin dengan tweet, mereka berharap tiba-tiba ada makanan yang akan jatuh daripada langit atau keluar daripada skrin smartphone. Yeah, you wish.

 

2. Tweet bosan Ya, sesetengah manusia memang tidak mudah untuk dihiburkan. Bosan, lalu habiskan masa di TL.


3. Tweet bila stuck dalam traffic jammed
90% daripada tweet jenis ini mungkin disumbang oleh tweeps yang menginap di Kuala Lumpur.


4. Tweet kelakar
Ada manusia yang memang dianugerahkan dengan sifat kelakar yang ada dalam diri. Orang yang beginilah yang sepatutnya aktif di Twitter untuk menghiburkan kita semua.

 

5. Tweet hambar Kalau ada orang yang kelakar, lawannya nestilah orang yang hambar kan? Ya, zaman sekarang orang berlumba-lumba nak buat #LawakHambar, siap ada #HambarJumaat, hari mereka mengiktiraf lawak-lawak hambar.


6. Tweet cinta
Cinta, tiada siapa pon yang boleh elak dari ada perasaan ini. Untuk anda yang mahukan nasihat cinta percuma, scroll sahaja TL twitter anda, pasti akan ada nasihat cinta.

 

7. Tweet nasihat Dalam hidup ni, mesti kita dah ada pelbagai pengalaman kan? Mestilah dah boleh bagi nasihat tentang hidup sedikit sebanyak. :’)


8. Tweet bola
Kaum lelaki kebanyakkannya mesti akan suka jenis tweet ini kan? Kalau ada siaran langsung bola, anda boleh saksikan tweeet “GOOOOAAAAAALLLLLLL” berjemaah di TL anda.

 

9. Tweet niaga Dalam pada ramai yang mensia-siakan masa mereka di Twitter, ada juga golongan yang bijak mengambil peluang dengan menjadikan twitter sebagai medium untuk berniaga. Bijak, bijak.


10. Tweet berbayar
Anda sibuk habiskan masa di TL, ada golongan yang menjadikan Twitter sebagai salah satu punca pendapatan tau. Bijak mengambil peluang, dari tweet tak dapat apa, kini dengan tweet dah boleh bayar duit kereta!

Haaa itulah antara tweet-tweet yang anda boleh nampak di TL twitter anda. Menarik kan? Kalau ada nak tambah jenis tweet yang ada, boleh mention ktorg di twitter okay? Follow je @ehgosheep !

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Fatin Razali

Picisan yang gemar menyusun aksara menjadi sesuatu yang indah dibaca. Tiada pengalaman mengembala kambing biri-biri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *